CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Tazkirah, tarawih langkah ajak umat imarah masjid

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Majlis ilmu ruang terbaik bagi jemaah timba pengetahuan, namun fokus harus kepada solat\rTAZKIRAH solat tarawih digalakkan sebagai nilai tambah kepada jemaah kerana selain mendapat pahala berjemaah menunaikan solat sunat yang hanya ada pada Ramadan, mereka juga mendapat pencerahan ilmu.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, Perunding Utama/Pengarah Urusan Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusoff, berpendapat masa untuk majlis ilmu itu perlu dihadkan kepada 15 minit iaitu tempoh mencukupi untuk memberi peluang penceramah menyampaikan mesej bermanfaat kepada jemaah.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, majlis tazkirah yang diadakan antara solat sunat tarawih adalah ruang terbaik untuk jemaah menimba ilmu berkaitan Islam memandangkan bukan semua mempunyai kelapangan menghadiri majlis ilmu.\r“Saya rasa kita tidak boleh halang jika ada masjid dan surau yang ingin menganjurkan tazkirah cuma yang perlu diberi perhatian ialah masanya biar sesuai iaitu jangan terlalu lama hingga meresahkan jemaah kerana ada yang datang bersama anak.\r“Lagipun, jemaah yang datang tidak hanya ingin menumpukan kepada solat sunat tarawih saja, jadi majlis ilmu dapat memberi nilai tambah kepada mereka. Maknanya, pahala tarawih dapat, pahala pengisian ilmu juga dapat. Kira dua dalam satu,” katanya.\rBeliau berkata, kedua-duanya patut diraikan untuk mengimarahkan lagi program disediakan masjid dan surau yang matlamat utama adalah mengajak jemaah menghayati Ramadan serta meningkatkan pengetahuan mengenai Islam.\r\n\n\n\n\rWalaupun tazkirah tarawih sudah menjadi sebahagian amalan biasa di masjid dan surau, namun masih wujud pertentangan pendapat sama ada ia perlu diteruskan atau tidak dianjurkan kerana pelbagai sebab.\rIsu turut dibangkitkan apabila sesi tazkirah dijadikan medan untuk menyebarkan fahaman politik dan tidak kurang yang merungut apabila ceramah mengambil masa lebih lama berbanding solat tarawih.\rAhmad Shukri berkata, bagi memastikan jemaah dapat menumpukan perhatian terhadap ceramah yang disampaikan, penceramah perlu menggunakan pendekatan yang mampu memikat terutama dari segi pemilihan topik.\rSebagai cadangan, penceramah boleh membicarakan tajuk yang pelbagai mengajak umat Islam mendekatkan diri kepada Allah, persiapan sebagai hamba Allah serta menegak makruf dan menghalang segala kemungkaran.\r“Isu berkaitan Ramadan juga boleh tetapi takut nanti jadi pengulangan pula. \rOleh itu pemilihan tajuk yang tepat penting supaya sepanjang 30 hari ini banyak ilmu mengenai Islam dapat disampaikan dan diterima jemaah,” katanya.\rMengenai faktor masa yang dijadikan isu sesetengah pihak, beliau berpendapat 15 minit yang diselitkan antara solat tarawih lapan rakaat (kebiasaan bagi kebanyakan masjid dan surau) adalah tempoh sesuai justeru bagi ceramah melebihi masa itu mungkin akan menjejaskan tumpuan jemaah.\rKatanya, kebijaksanaan penceramah menggunakan sebaiknya masa itu dengan menyampaikan input yang baik akan memberi impak besar kepada jemaah.\rAhmad Shukri yang menjadi imam di Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi memberitahu, jemaah surau berkenaan memberi maklum balas positif terhadap sesi tazkirah yang diselitkan bersama solat tarawih.\rMengulas pandangan bahawa tazkirah tarawih adalah bid’ah, katanya perbincangan mengenai perkara bid’ah sudah sering diperkatakan malah banyak amalan dikaitkan sebagai perbuatan bid’ah.\r“Majlis ilmu yang kita anjurkan mengiringi solat sunat tarawih bertujuan untuk pengukuhan dan percambahan ilmu. Sebab itu perlu buat yang sederhana supaya jemaah boleh tunggu dan mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.279143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list