CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Biar peminat tentukan

[Copy link]
Post time 4-8-2011 05:05 PM | Show all posts |Read mode
|\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNama Scha belum kuat\rNAMANYA pernah tersenarai dua kali dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dan 2010. Namun ramalan dan keinginan peminat Scha Alyahya yang mahu dia menggenggam trofi itu tidak kesampaian apabila trofi itu menjadi milik Tiz Zaqyah dan Fasha Sandha. \r\n\n\n\n\rEntah di mana kekurangannya. Nak kata pelakon dan pengacara yang genap 28 tahun pada 30 Mei lalu tidak ramai kelompok peminat, memang tidaklah. Scha adalah antara artis popular dengan mempunyai ramai pengikut di Twitter dan Facebook.\r\r\n\n\n\n\nMalah watak Dania yang dilakonkannya untuk tiga musim drama Awan Dania disifatkan antara yang terus meletakkan namanya di persada seni. Watak itu diingati hingga sekarang. \rSejak itu, hampir setiap watak lain yang dilakonkan Scha, watak Dania masih membayangi dirinya.\rSi tinggi lampai bernama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir ini dikatakan seperti menjerat diri kerana wajahnya hanya terbatas ditonton di stesen TV berbayar terbabit hingga membataskan potensi dan peluang untuk menang di ABPBH.\rDihubungi pada pada hari kedua umat Islam menyambut Ramadan, Scha mengakui dan mula terlintas mengenai perkara itu.\r\n\n\n\n\r“Scha melihat tawaran menyertai wajah eksklusif di stesen TV itu daripada dua sudut berbeza. Setiap yang dipilih pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Itu perkara biasa. Cuma Scha tidak boleh menafikan liputan untuk TV secara percuma itu lebih meluas.\r“Tapi sekarang pun sudah ramai yang melanggan TV berbayar. Malahan, semakin ramai penonton yang bukan pelanggan TV berbayar turut menonton lakonan Scha. \r“Daripada sambutan dan sokongan itulah, Scha menyambung setahun lagi kontrak bersama stesen TV berkenaan,” katanya yang memegang watak Rania di dalam drama Dunia KITA. \rBagaimanapun pelakon yang sedang berada di set penggambaran telefilem Prebet Jamilah 2 arahan Michael Ang itu  tidak melihat pembabitannya sebagai wajah eksklusif di stesen TV itu sebagai punca ketara yang mengekang dirinya memenangi anugerah berpaksikan undian atau populariti seperti ABPBH. \r“Nak kata tak ada peminat mengundi Scha pun tidak juga. Lihat saja dalam program Anugerah Shout! 2010 anjuran 8TV, Scha sendiri terkejut saat diberitahu memenangi kategori Hot Chick. Sedangkan kemenangan itu juga ditentukan melalui undian peminat.\r“Pada akhirnya, Scha percaya menang atau kalah itu semua ketentuan Tuhan. Scha percaya setiap orang mempunyai nasib dan rezeki masing-masing. Pelakon wanita lain yang dicalonkan dalam ABPBH juga kita sedia maklum mempunyai kelompok peminat yang ramai. \r“Berada dalam kelompok lima terbaik di samping pelakon hebat di ABPBH sudah dianggap kejayaan terbesar Scha. Cuma yang menang contohnya mempunyai pengaruh kuat dan meluas,” katanya yang sedang menunggu tayangan filem  Libas dan Aku Bukan Tomboy.\rBersama-sama Tiz jadi geisha\rDalam perkembangan lain, Scha juga bakal muncul dengan telefilem Geisha Melayu Terakhir (GMT) yang dijangka siarannya pada Aidilfitri nanti. Telefilem itu turut membariskan Tiz Zaqyah, Dawn Jeremiah, Sharifah Shahora dan Fir.\rScha memegang watak sebagai Suraya yang dipaksa menjadi geisha atau pelayan untuk melayan tentera Jepun.\r“Ini juga kali pertama Scha perlu mengenakan busana kimono. Watak ini juga Scha sifatkan terlalu mencabar kerana perlu mengawal segala pergerakan dan bahasa badan supaya tidak keterlaluan. \r“Ia lebih terkawal di mana gerak bahasa dan tangan Scha tidak bersepah ke situ ke sini. Emosi Suraya terganggu apabila melihat keluarganya menderita termasuk kematian ayahnya. Sekalipun berlatarbelakangkan zaman pendudukan tentera Jepun, pengarah telefilem ini memilih dan mempunyai alasan sendiri untuk menggunakan bahasa Melayu zaman sekarang dan tidak baku,” katanya sambil memberitahu penggambaran GMT dilakukan pada Julai lalu selama seminggu di Ipoh dan Taiping.\rMengenai gandingannya dengan Tiz Zaqyah, anak kelahiran Sungai Petani ini memberitahu mereka pernah berlakon sama dalam drama Impian Ilyana dan masing-masing memegang watak pembantu. \rKata Scha lagi, sejak daripada drama itu lagi dia mula sedar potensi Tiz sebagai pelakon hebat.\r“Memang dia boleh berlakon. Perkembangan wataknya cukup baik selepas diberi peluang berlakon drama Nur Kasih pula. Pada pandangan Scha lakonan dan gerak matanya sangat cantik. Dia tidak perlu berusaha terlalu keras untuk mengimbangi watak yang diterimanya.\r“Scha sendiri memerlukan masa yang lama untuk menjadi sepertinya. Dunia lakonan memang sudah menjadi makanannya. Dia memang berbakat. Saya tumpang gembira dapat berlakon bersamanya. Kami juga pernah bersaing sama dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2009 dan rezeki berpihak kepadanya,” kata Scha sambil memberitahu saat ini sedang mempertimbangkan pilihan antara dua buah filem yang ditawarkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.315383 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list