|
PERKHEMAHAN Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Sembilan berjaya mengumpulkan seramai 221 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri bertujuan mengeratkan hubungan selain bertukar pengalaman dan pengetahuan untuk dimanfaatkan bersama.\rPengerusi Pengelola program, Latifah Kedah, berkata perkhemahan bertemakan “Puteri Cemerlang ke arah Modal Insan Terbilang” berlangsung di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Jempol, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r Aktiviti tahunan itu kata beliau, turut mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta dan meningkatkan kemahiran kepemimpinan, asas sebagai usaha melahirkan generasi muda cemerlang akademik dan pembangunan sahsiah.\r\r\n\n\n\n\n “Ketika proses memasang khemah, saya melihat pelajar bekerjasama melakukan tugas dengan penuh bersemangat. Masing-masing mempunyai perancangan dengan tugas dapat dilaksanakan mengikut arahan,” katanya.\rMajlis disempurnakan Penaung pergerakan peringkat negeri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, hadir sama, Pengerusi PPIM negeri, Datin Rohani Mohd Sharif.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|