View: 104|Reply: 0
|
Ramadan Dinanti, Syawal Dirai: Kerbau larikan baju baru
[Copy link]
|
|
RAMADAN zaman remaja akan mengingatkan Sasterawan Negara (SN) Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala peristiwa baju baru pemberian ayah tirinya lunyai dikunyah kerbau ketika beliau leka mandi sungai.\rPeristiwa yang berlaku pada 1950-an ketika negara ini diancam komunis kekal dalam lipatan sejarah hidupnya dan bertambah manis kerana ia kekal sebagai rahsia sehingga hari ini, meskipun ayah tirinya seorang anggota polis yang berkhidmat di Balai Polis Semenyih pada masa itu.\r\n\n\n\n\rKisah bermula ketika Kemala pulang dari sekolah dengan rakan karibnya, Bacok Said dan cuaca panas terik tengah hari mendorongnya bersetuju dengan cadangan Bacok yang mengajaknya mandi sungai bagi menyejukkan badan di samping peluang untuk berseronok, walaupun berpuasa.\r\r\n\n\n\n\n“Memang seronok mandi sungai ketika panas terik dan kami sempat meneguk air sungai kerana terlalu seronok bermain.\rApabila lewat petang baru saya berasa takut akan dimarahi bapa tiri dan mula tercari-cari baju baru yang diletakkan di atas batu sungai.\r“Alangkah berderaunya darah saya apabila tidak dapat mencarinya dan mula melilau di sekitar kawasan sungai bagi mencari baju baru pemberian ayah tiri ekoran lulus cemerlang dalam peperiksaan. Alangkah terkejutnya saya melihat seekor kerbau sedang rakus mengunyah baju saya. Agaknya kerbau itu lapar.\r“Saya berusaha dengan segala kudrat menarik baju itu dan walaupun berjaya mendapatkannya semula, tetapi malangnya ia sudah pun berlubang-lubang. Dalam ketakutan saya pulang ke rumah dan menyoroknya di sudut rumah berdekatan rak pakaian kerana tidak mahu rahsia terbongkar,” katanya.\r\n\n\n\n\rIbu Kemala yang menemui kemeja itu pada keesokan harinya ketika mengemas rumah sangat terkejut dan menyangka ia digigit tikus sehingga SN terbabit terselamat daripada kemarahan ibu mahupun bapa tirinya yang sebenarnya seorang yang garang lagi tegas.\r“Meskipun bapa tiri saya seorang yang tegas dan garang, tetapi baik hati. Kalau berperangai tidak senonoh atau nakal pasti rotan akan hinggap di punggung. Kira saya bernasib baik apabila beliau dan ibu menyangka kemeja baru itu digigit tikus,” katanya sambil tersenyum mengenang kisah lucu itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|