|
Fizz beri ruang Almy cipta nama sebelum hantar lamaranSELAGI aktor ini masih belum mahu menamatkan zaman bujangnya, selagi itu dia terus dihujani soalan daripada media yang inginkan kepastian, siapa sebenarnya wanita yang bertakhta di hati.\rSejak namanya semakin dikenali selepas membintangi drama rantaian popular, Nur Kasih, tiba-tiba nama Fizz Fairuz tersangkut dengan pelbagai kontroversi. Memang percintaannya dengan aktres Almy Nadia sudah diketahui umum, tetapi kontroversi tetap timbul apabila ada dakwaan mengatakan hubungan cinta yang disulam sejak enam tahun lalu dikatakan mula berantakan.\r\n\n\n\n\rMalah sejak dirinya kian mendaki anak tangga populariti, selepas bertahun-tahun bergelar pelakon, nama Fizz juga mula dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita lain. Antaranya Fasha Sandha, Liyana Jasmay dan Izreen Azminda.\r \r\n\n\n\n\nJusteru, setiap kali jejaka ini muncul di mana-mana acara, soalan berkaitan hubungan cintanya tidak terlepas diajukan kepada empunya diri. Begitu jugalah keadaannya ketika pelakon Barajiwa ini muncul pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Habib Jewels, Rantaian Kasih Habib, baru-baru ini, apabila Fizz lebih menjadi perhatian berbanding selebriti lain yang turut memeriahkan acara seperti Dynas, Scha Alyahya, Irma Hasmie, Julia Ziegler dan Aznil Nawawi.\rSegak berbaju Melayu rona merah jambu lengkap bersampin, pelakon kelahiran Pahang itu bagai sudah menjangka soalan bakal diajukan kepadanya. Diheret dengan pelbagai kontroversi sejak akhir-akhir ini ternyata membuatkan hati Fizz tidak tenang. Ujar jejaka ini, dia kurang selesa dengan gosip kerana ia hanya akan menjejaskan nama yang susah payah cuba dibina.\r“Orang luar tidak tahu cerita sebenar, tetapi apabila ditokok tambah, lama-lama orang akan percaya. Kita tahu gosip tetap gosip dan selalunya gosip tidak betul. Tetapi peminat luar bandar tidak tahu. Mereka mudah termakan dengan cerita yang keluar di media masa.\r“Memanglah saya boleh jelaskan, tetapi orang susah nak percaya. Terus terang, memang saya kurang selesa dengan semua kontroversi ini terutama apabila memikirkan perasaan emak. Walaupun cerita yang keluar selama ini sekadar gosip, emak akan tetap bertanya, betul atau sebaliknya. \r\n\n\n\n\r“Selain itu, desas-desus macam ini buat saya rasa tak seronok nak dengar. Saya kasihan, kerana ia akan mengecewakan Almy. Pada waktu yang sama keluarga dia turut bising apabila timbul cerita mengenai hubungan kami yang dikatakan sudah berakhir,” kata Fizz.\rSeandainya benar hubungan mereka bermasalah, sudah tentu mereka tidak lagi bertemu. Namun apa yang berlaku sehingga ke hari ini adalah sebaliknya. Malah kata Fizz, dia baru saja menghantar Almy ke klinik bagi menjalani x-ray kakinya yang tercedera baru-baru ini.\r“Saya baru saja menghantar dia ke klinik semalam (26 Julai), malah setiap hari kami masih lagi berhubung. Jadi, bagaimana boleh timbul pula cerita mengatakan kami sudah tidak lagi berbaik?\r“Saya juga pelik macam mana orang boleh mengaitkan saya dengan Izreen, sedangkan saya berlakon dengannya tujuh tahun yang lalu. Itu pun bukannya kami berlakon dalam babak yang sama. Seingat saya, kami bertembung dalam tiga atau empat babak saja.\r“Dakwaan mengatakan Izreen menanggung saya memang tidak betul sama sekali. Kalau betul dia tanggung saya, baik saya berhenti berlakon. Saya masih mampu lagi berkerja, cari duit sendiri dan tak perlukan bantuan orang lain,” kata Fizz yang kesal dengan dakwaan tidak betul itu.\rJusteru, ketika ditanya bila agaknya dia benar-benar mahu melamar Almy, ternyata Fizz belum mempunyai jawapan pasti. Sebaliknya dia hanya memberi jawapan selamat - mahu mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Boleh dikatakan jawapan itu juga yang diberikan setiap kali ditanya, namun sudah beberapa tahun, hasrat itu belum terlaksana.\r“Mungkin tahun depan,” jawap Fizz buat kesekian kali, ringkas.\rSebenarnya, ujar jejaka ini, dia mahu memberikan ruang buat Almy untuk membina namanya terlebih dulu dalam bidang seni. \r\"Saya mahu dia lalui apa yang saya lalui sebelum ini, macam mana saya hanya berbelanja dengan berbekalkan duit RM10, serta bagaimana saya terpaksa berkongsi minyak kereta dengan kakak, ketika awal-awal menjadi pelakon.\r“Saya tidaklah kata kehidupan saya selesa sekarang, tetapi saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi. Alhamdulillah, sekarang bolehlah juga saya bertapak dalam industri ini,” kata Fizz.\rSerik berniaga bersama keluarga\rBEBERAPA hari lalu pula, Fizz tampil di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, menjayakan sesi fotografi khas bersama Hip, di samping beberapa pelakon lain seperti Fahrin Ahmad, Jehan Miskin, Shaheizy Sam, Iqram Dinzly dan Nur Fathia. Masing-masing kelihatan cukup bergaya dan sopan dalam busana Melayu rekaan Salikin Sidek.\rPetang itu, lelaki ini membuka bicara dengan bercerita perihal pembabitannya dalam filem bergenre aksi berjudul Nirrajim, di bawah produksi Grand Brilliance. Filem yang kini rancak menjalani penggambaran itu menyaksikannya membawakan watak sebagai Kamil. \rKatanya, filem yang mengisahkan perjanjian antara syaitan dan manusia itu memberikan dimensi baru dalam kerjaya lakonannya.\r“Kamil seorang peguam yang sudah mempunyai isteri, lakonan Ana Raffali. Akibat terlalu memburu duniawi, watak-watak dalam cerita ini terjebak dalam satu perjanjian dengan syaitan, menyebabkan mereka terpaksa membunuh dan melakukan perkara terkutuk.\r“Antara adegan dalam filem ini ialah babak membunuh janin anak pertama, serta kesanggupan seorang sahabat membunuh sahabat karibnya sendiri,” katanya yang memberitahu, filem yang bakal menamatkan penggambaran pada 15 Ogos itu turut dibintangi Nabila Huda.\rSementara itu, Fizz sempat memaklumkan, perniagaan restoran makanan kampung yang diusahakannya di Pahang sebelum ini tidak lagi diuruskan olehnya.\r“Saya bukan lagi pemiliknya, tetapi restoran itu kini masih lagi beroperasi dan diuruskan keluarga saya. Saya mengundur diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.\r“Selepas ini saya tidak mahu lagi menjalankan perniagaan bersama keluarga. Kalau boleh, pada masa depan saya lebih suka menguruskannya sendiri,” katanya yang memberitahu akan membuka cawangan restoran Nur Kasih di Mont Kiara dalam waktu terdekat.\rWalaupun bakal membuka restoran di kawasan kejiranan lebih moden, namun Fizz mengaku dia lebih suka mengekalkan menu masakan Melayu sebagai memancing orang ramai berkunjung ke premis perniagaannya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|