CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

Tidak tamak

[Copy link]
Post time 9-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
NAMANYA sudah tentu antara yang paling dikenali dalam dunia lakonan. Pelbagai judul drama dan filem sudah dijayakannya, sejak dia membintangi drama Salina kira-kira sembilan tahun lalu. Wajahnya juga tidak asing sebagai pengacara TV, bermula dengan program XY sehinggalah ke Sehati Berdansa dan Imam Muda.\rNamun sejak kebelakangan ini, wajah tampan jejaka berusia 32 tahun bagai kurang menyerlah di kaca TV, tidak seperti mana beberapa tahun lalu. Lalu ada peminat yang membuat andaian sendiri, apakah sememangnya Fahrin sudah bersedia untuk memperlahankan rentak, ataupun dia bersikap terlalu memilih?\r\n\n\n\n\rPertemuan dengannya ketika pelakon sasa ini menjayakan sesi fotografi khas sempena Ramadan di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur baru-baru, memberikan ruang untuk penulis bertanya sendiri perihal terbabit kepada empunya diri. Fahrin pula, dengan senang hati berkongsi penjelasan berhubung perkara itu, pada masa sama menafikan bahawa dirinya kurang aktif.\r\r\n\n\n\n\n\"Sememangnya ramai yang sudah bertanya kepada saya, kenapa wajah saya jarang muncul di TV. Ingin saya nyatakan di sini, saya masih bergerak cergas dalam dunia lakonan. Untuk makluman semua peminat juga, saya masih banyak menerima tawaran berlakon dan sibuk menjayakannya, cuma mungkin peminat tidak nampak apa yang saya buat.\r\"Lagi satu, saya jenis manusia yang suka memberikan tumpuan kepada satu kerja pada satu-satu masa. Saya bukan individu yang gemar menjayakan banyak tawaran dalam satu masa tertentu, kerana tidak mahu jadual saya menjadi kelam kabut. Tahun ini umpamanya, saya hanya menerima dan menumpukan pada dua tawaran lakonan drama bersiri iaitu Dia Bukan Maryam dan Suria Di Cordoba.\r\"Dari hujung tahun lalu hingga pertengahan tahun ini, saya sibuk dengan penggambaran dua drama itu, di mana Dia Bukan Maryam sudah pun habis tayangannya manakala Suria Di Cordoba pula sedang hangat ditayangkan.\rPenggambaran dua drama ini mengambil masa yang panjang, dan saya tidak mahu mengganggu kelancaran penggambaran berkenaan. Sebab itu saya tidak menerima tawaran sampingan yang lain.\r\n\n\n\n\r\"Sebenarnya saya masih boleh dilihat di kaca TV, dan saya sentiasa sibuk dengan kerjaya saya sebagai pelakon dan pengacara,\" katanya yang segak mengenakan busana tradisional Melayu rekaan Salikin Sidek.\rPesan pelakon yang turut membintangi beberapa filem seperti Puaka Tebing Biru dan 2 Hati 1 Jiwa ini, peminat yang merinduinya bolehlah menyaksikan lakonannya dalam telefilem Cinta Kaabah pada 21 Ogos ini di saluran Astro Prima, serta drama siri 26 episod, Suria di Cordoba, yang disiarkan setiap di saluran sama sejak 7 Jun lalu.\rTunai umrah kali kelima\rSEMENTARA itu, sempena kedatangan Ramadan, seperti kebanyakan artis lain, Fahrin juga tidak lepas daripada mengambil kesempatan untuk berehat sementara daripada aktiviti seni dan menumpukan perhatian menunaikan ibadat pada bulan penuh keberkatan ini.\rLebih menarik, seperti tahun-tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan jejaka kelahiran Johor Bahru ini untuk berkunjung ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadat umrah.\r\"Ramadan tahun ini, saya tidak mempunyai rancangan tertentu, lalu mengambil keputusan untuk berehat. Selain itu, saya cuma memenuhi jemputan majlis berbuka puasa serta sesi fotografi, seperti yang dijayakan pada hari ini. Bagaimanapun saya banyak juga menjayakan penggambaran program Aidilfitri dan Ramadan, termasuk BazarRamadhan@TV3.\r\"Selain itu, saya akan berangkat secara berseorangan mengerjakan umrah pada akhir Ramadan nanti. Ini adalah kali kelima saya menunaikan ibadat umrah, dan sememangnya saya amat seronok berpeluang menghayati Ramadan di sana. Di Makkah, suasana puasanya berbeza, tambah lagi pada akhir Ramadan, yang mana ia adalah waktu puncak.\r\"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan dan suasana di sana dengan kata-kata, sebaiknya pengalaman itu perlu dirasai sendiri kerana sambutan di sana sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri,\" tambahnya lagi.\rDitanya mengenai sambutan Hari Raya pula, seperti kebiasaan, anak ketiga daripada empat adik beradik ini akan pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru. \rTahun lalu, Fahrin tidak berkesempatan untuk merayakan hari pertama Syawal bersama keluarga kerana masih berada di Makkah. Namun tahun ini dia akan pulang lebih awal untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.\rCeritanya lagi, dia hanya akan bercuti selama seminggu dan selepas raya, Fahrin akan kembali sibuk dengan kerjaya seninya. Antaranya, Fahrin akan kembali bekerjasama bersama Shell, di mana kontraknya sebagai duta jenama produk itu disambungkan kepada tiga tahun. Selain Shell, Fahrin juga duta kepada produk penjagaan diri, Garnier.\rFahrin juga akan kembali sibuk dengan aktiviti lakonan dan pengacaraan, yang secara tidak langsung membuatkan dirinya tidak putus-putus bersyukur kerana rezeki yang diterima tidak pernah putus. Namun dia perlu menyusun jadual kerjanya lebih berhati-hati, begitu juga dalam pemilihan tawaran kerja, supaya kebajikan diri tidak terabai.\rMenurut pelakon yang murah dengan senyuman ini, kerjasamanya bersama jutawan internet, Irfan Khairi, juga sedang rancak berjalan rancak. Mereka berdua akan mengadakan sebuah lagi bengkel motivasi selepas Hari Raya nanti.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.043067 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list