|
DILAHIRKAN sebagai muslim bukanlah jaminan kepada seseorang itu untuk membentuk keperibadian Islam sempurna. Jika si bapa atau si ibu ialah individu yang berpegang kuat kepada agama, tidak semestinya si anak turut sama mewarisi kekuatan pegangan agama orang tuanya. Keimanan seseorang itu terletak dalam hati masing-masing yang dibentuk daripada jiwa yang suci menjunjung pengertian Islam sebenar. \rHakikatnya, usah terkejut jika seseorang saudara baru itu ternyata memiliki iman yang lebih sempurna berbanding individu yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Mereka yang bergelar saudara baru ini menemui hidayah dalam diri setelah diberikan cahaya oleh Allah dalam hati mereka.\r\n\n\n\n\rMengisi slot Pilihan Jumaat sempena Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi sebuah drama menarik bertajuk Nur Ar-Rahman pada 19 Ogos, jam 1.30 tengah hari di TV2, yang menampilkan dua watak besar membabitkan seorang remaja Islam yang tersasar daripada landasan agama sebenar dan seorang lagi watak lelaki mualaf yang berperanan memimpin remaja itu daripada terus bergelumang dengan dosa.\r\r\n\n\n\n\nDibintangi pelakon berbakat, Hishamuddin Ahmad sebagai Rahman, Harlym Yeo (Rahim Lee), Corinne Adrienne (Siti Khadijah Wong) dan Watie Sadali (Saerah), drama sarat pengajaran ini bermula dengan memaparkan plot di mana kehidupan Rahman penuh pancaroba.\rKetandusan kasih sayang, kekusutan jalinan kekeluargaan, ketiadaan bimbingan agama, pergaulan bebas dengan rakan di kalangan mereka yang jahat, pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam diri Rahman.\rSaksikan kesudahan cerita Nur Ar-Rahman pada 19 Ogos, jam 1.30 tengah hari, hanya di TV2.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|