CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

Manfaat Ramadan

[Copy link]
Post time 16-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kelab TaHa, BH anjur seminar bimbingan PMR di Papar, SabahPUASA bukan alasan pelajar malas belajar dan tidak dapat menumpukan kepada pelajaran, sebaliknya ibadat itu memberi kekuatan khususnya kepada umat Islam merancang jadual dengan baik.\n\n\n\n  Pengarah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) Sabah, Mohd Najib Ab Jabar, berkata pelajar khususnya umat Islam sewajarnya menjadikan Ramadan bulan yang ditunggu-tunggu setiap tahun.\n\n\n\n\n  Selain berpuasa, beliau berkata, pelajar boleh melaksanakan ibadah terawih dan solat sunat.  Pastinya amalan ini memberi kekuatan kepada pelajar untuk terus gigih belajar.“Inilah masa sesuai bagi mereka mentelaah pelajaran khususnya bagi subjek yang lemah,” katanya pada majlis perasmian semingar bimbingan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) PMR 2011.Program anjuran Tabung Haji menerusi Kelab TaHa dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian, berlangsung di Dewan Masyarakat Papar, Sabah, baru-baru ini.Seramai 260 calon membabitkan 12 sekolah sekitar daerah Papar menyertai seminar sehari itu.  Hadir sama Pegawai Pelajaran daerah Papar, Abidin Marjan dan Timbalan Pengarah Tabung Haji Negeri, Muhammad Zaki Baijuri.\n\n\n\nMengimbau sejarah perjuangan lalu, Mohd Najib berkata, Islam mencapai pelbagai kecemerlangan pada Ramadan seperti kemenangan dalam peperangan Badar.Ketika itu, katanya Islam dengan 313 tentera berjaya mengalahkan kufar yang jumlah tenteranya tiga kali ganda lebih ramai.Begitu juga, katanya dalam peperangan Qandak yang memaksa tentera Islam menggali parit bagi menghalang tentera musuh menawan Madinah.“Pelajar tidak wajar memberi alasan Ramadan untuk tidak meneruskan perjuangan belajar bersungguh-sungguh.“Bulan ini banyak keberkatan dengan pahala berlipat ganda dan belajar adalah sebahagian daripada ibadah,” katanya yang mengharapkan program sebegini memberi peluang pelajar meningkatkan prestasi untuk terus berjaya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041752 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list