CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

Malam Puisi Riong di Melaka

[Copy link]
Post time 16-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju menjadikan program Malam Puisi Riong sebagai sebahagian daripada pengisian untuk Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 (BBK) yang akan dilancarkan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 6 Oktober ini.\rPengarah Bahagian Perlembagaan Bahasa dan Sastera DBP, Sallehudin Abang Shoekran, berkata program yang dijalankan dengan kerjasama Unit Sastera, Berita Harian, akan berlangsung secara santai di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai di Melaka seperti di Dataran Pahlawan atau A’Famosa.\r\n\n\n\n\r“Kami belum dapat memastikan dengan tepat lokasi yang menjadi pilihan kerana akan turut mendapatkan kerjasama daripada beberapa institusi berkaitan di Melaka bagi memeriahkan lagi acara yang sengaja diatur di tempat terbuka bagi mendekatkan kelompok di luar lingkungan agar dekat dengan puisi,” katanya pada mesyuarat yang berlangsung di Ibu Pejabat DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\nHadir sama dalam mesyuarat hampir dua jam itu ialah Editor Sastera BH, Salbiah Ani, Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum DBP, Dr Wan Patanah Wan Yussoff; Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP, Norimah Bajuri; Pegawai Perancang Bahasa DBP,  E Pian Pro Poul dan Penolong Pegawai Tadbir DBP, Ismail Karmun.\rMesyuarat itu turut bersetuju menjadikan 1 Bahasa, 1 Bangsa dan 1 Negara sebagai tema Malam Puisi Riong BH - DBP yang akan menampilkan tokoh korporat dan politik pelbagai bangsa sebagai antara yang turut beraksi di pentas puisi, selain penyair serta artis bagi memeriahkan acara.\rSallehudin berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Mohd Rustam dan Gabenor Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob antara tetamu kehormat pada malam yang akan turut menghimpunkan pemantun dan penyair kelahiran Melaka, di samping penyair tersohor.\r“Personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, berkemungkinan akan bertindak sebagai pemudah cara bagi majlis yang akan turut menampilkan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2010, Zaen Kasturi; penyanyi lagu puisi, Ahmad Ramli; pemuisi kaum Orang Asli,” katanya.\r\n\n\n\n\rPenyanyi lagu puisi, Taheera Rosheena Mohamad yang pernah beraksi dengan Orkestra Filharmonik dengan melagukan puisi Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said, Rindu Ibu dan Khazanah, juga akan dijemput bagi mengisi Malam Puisi Riong BH-DBP dalam jerayawaranya keempat tahun ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042321 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list