CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

PETRONAS, PSC laksana projek RM15b

[Copy link]
Post time 24-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
North Malay Basin babit 9 medan gas di luar pantai bagi penuhi permintaan domestikPETRONAS bersama rakan kontrak perkongsian pengeluarannya (PSC), akan melaksanakan projek huluan baru bernilai RM15 bilion bagi membangun dan mengeluarkan simpanan gas dari kelompok medan gas yang ditemui di luar pesisir pantai Semenanjung.\rProjek yang akan dikenali sebagai North Malay Basin itu adalah salah satu inisiatif dan usaha PETRONAS dan rakan PSCnya untuk mengekstrak dan mengosongkan gas dengan kandungan CO2 yang tinggi daripada rizab telaga minyak kecil untuk memenuhi permintaan gas di Semenanjung.\r\n\n\n\n\r  Ia akan membabitkan sembilan medan gas yang ditemui, iaitu terletak di dalam Blok PM301 dan PM302, dan di kawasan kontrak Bergading, iaitu kira-kira 300 kilometer di luar pantai Semenanjung.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi memindahkan sumber gas yang dihasilkan dari medan gas berkenaan projek itu akan turut membabitkan pembinaan saluran paip baru sepanjang 200 kilometer menghubungkan lokasi projek ke Kerteh, Terengganu.\rSyarikat minyak nasional itu dalam kenyataannya semalam berkata, ia dan rakan PSCnya akan melaksanakan projek dengan kadar segera yang mana penghantaran pertama sebanyak 100 juta standard kaki persegi sehari (mmscfd) gas  dijangka dapat dilakukan seawal 2013, sebelum ditingkatkan kapasitinya sehingga kepada 250 mmscfd pada 2015.\rKatanya, projek North Malay Basin itu dibangunkan berikutan pengenalan insentif kerajaan baru-baru ini, khususnya untuk pembangunan telaga minyak kecil, medan lapangan gas CO2 yang tinggi serta medan minyak dan gas lain yang terletak dalam situasi bertekanan tinggi, bersuhu tinggi (HPHT).\r“Semakan secara beransur-ansur harga gas kepada pelanggan domestik, seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini, juga membantu membuat projek yang akan dilaksanakan itu lebih ekonomikal bagi peserta industri,” jelasnya.\r\n\n\n\n\rPETRONAS menjangkakan jumlah tambahan gas dari projek North Malay Basin itu akan membantu mengekalkan kestabilan pembekalan komoditi itu kepada pelanggan di Semenanjung Malaysia.\rSejak tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap gas meningkat lebih 30 peratus, yang mana antara lain disokong pengenalan harga terkawal pada tahun 1997.\rHarga gas subsidi ini menyebabkan pelaburan minimum dalam aktiviti penerokaan dan pembangunan projek lapangan gas di kalangan syarikat minyak dan gas, sekali gus mengekang pertumbuhan kapasiti bekalan.\rBerikutan situasi itu, ia menyebabkan kemudahan pengeluaran luar pesisir Malaysia bergerak pada kapasiti penuh, sehingga memberi tekanan yang besar terhadap sistem pengeluaran gas dan mengakibatkan ketiadaan margin untuk menyerap naik turun dalam permintaan gas serta memenuhi situasi yang tidak dijangka.\r“Pembangunan projek North Malay Basin itu dilaksanakan sejajar dengan penambahbaikan persekitaran komersial berikutan insentif baru yang diperkenalkan kerajaan.\r“Projek yang membabitkan banyak komitmen huluan itu, dijangka akan menggalakkan lebih banyak lagi pelaburan oleh peserta industri dan merangsang aktiviti cari gali yang boleh membawa kepada penemuan yang besar di luar pantai Semenanjung Malaysia,” kata PETRONAS.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.145362 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list