CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Sime Darby untung 404 peratus

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Catat RM3.7b atasi rekod sebelum ini RM3.5b dicatat pada   30 Jun 2008SIME Darby Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaiknya dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011 apabila keuntungan bersihnya melonjak 404 peratus kepada RM3.7 bilion, mengatasi rekod sebelum ini sebanyak RM3.5 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008.\n\n\n\n  Keuntungan bersih yang dicatatkan konglomerat itu adalah 47 peratus lebih tinggi daripada sasaran petunjuk prestasi utamanya sebanyak RM2.5 bilion.\n\n\n\n\n\n  Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata pencapaian kukuh itu didorong prestasi memberangsangkan tiga bahagian perniagaan terasnya iaitu perladangan, industri dan automotif dan jentera.Beliau berkata, bahagian perladangan kekal penyumbang terbesar kepada pertumbuhan kumpulan itu dengan mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM3.3 bilion, meningkat 56 peratus berbanding tahun sebelumnya didorong harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi dan peningkatan pengeluaran buah tandan segarnya.Katanya, bahagian industri pula mencatatkan keuntungan operasi tertingginya iaitu RM1.1 bilion disokong jualan kukuh dari unit perniagaannya di Australia, China dan Malaysia, sementara bahagian automotif dan jentera mencatatkan peningkatan keuntungan operasi sebanyak 64 peratus kepada RM633 juta.“Kami amat berpuas hati dengan prestasi yang dicatatkan dalam tahun kewangan dikaji terutama dengan sumbangan yang kukuh daripada bahagian perladangan, industri dan automotif dan jentera,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam.\n\n\n\nSelain mencatatkan prestasi cemerlang dalam perniagaan terasnya, Mohd Bakke berkata, Sime Darby juga mengurangkan jumlah hutangnya kepada RM7.1 billion daripada RM7.6 bilion.Kedudukan tunai konglomerat pada akhir tahun kewangan dikaji juga bertambah baik iaitu sebanyak RM4.9 bilion.Beliau berkata, Sime Darby memperuntukkan RM6 bilion bagi perbelanjaan modal untuk semua bahagian perniagaannya dalam tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2012 berbanding RM5 bilion sebelumnya.Konglomerat itu, katanya, sudah mengenal pasti lima strategi utama bagi mengukuhkan perniagaannya pada masa depan, iaitu merealisasikan potensi penuh perniagaan terasnya, menjadi peneraju, meneruskan pertumbuhan portfolio strategik dan menyemai budaya berprestasi dan bernilai.“Kami akan terus mengukuhkan enam perniagaan teras kami dengan perladangan kekal penyumbang keuntungan terbesar kepada kumpulan.“Dengan lima strategi utama yang dikenal pasti itu, kami akan memasuki fasa pertumbuhan dinamik yang baru,” tegasnya.Kumpulan Sime Darby mengumumkan dividen akhir sebanyak 22 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011. Sebelum ini, kumpulan konglomerat itu mengumumkan dividen awal sebanyak lapan sen sesaham, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi tahun kewangan dikaji ialah 30 sen sesaham.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.115978 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list