|
PENGEKSPORT serta pengilang penyaman udara dan peti sejuk Malaysia perlu mematuhi standard prestasi tenaga minimum (MEPS) yang dikenakan Singapura mulai 1 September lalu, bagi memastikan laluan pasaran yang berterusan bagi produk berkenaan di republik itu. \rDalam satu kenyataan semalam, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, pengeluar dan pengeksport membekalkan penyaman udara dan peti sejuk kegunaan di rumah di Singapura mestilah juga mendaftar diri dengan Agensi Alam Sekitar (NEA) negara itu. \r\n\n\n\n\r Model penyaman udara dan peti sejuk, katanya, mesti didaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang sah selama tiga tahun. \r\r\n\n\n\n\n “Apabila dasar ini dikuatkuasakan, semua pengimport, pengeluar, pengedar, peruncit, pemaju harta dan kontraktor mesti memastikan produk masing-masing dilekatkan dengan label tenaga NEA,” kata kenyataan itu.\rMatrade berkata, untuk kekal berdaya saing dalam pasaran ini, syarikat Malaysia juga perlu menyedari mengenai kos tambahan yang ditanggung berikutan pelaksanaan standard itu. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|