|
PENGELUAR sarung tangan getah bersedia untuk menaikkan harga produk keluaran masing-masing dalam usaha menampung peningkatan kos tenaga buruh, bahan bakar, pembungkusan serta kesan kedudukan nilai dolar AS yang semakin lemah.\r“Kos tenaga buruh dan bahan bakar meningkat mendadak kebelakangan ini. Dolar AS juga semakin lemah berbanding dengan ringgit iaitu sekitar 10 peratus daripada tahun lalu. Kami sedaya upaya cuba menyerap kenaikan kos itu tapi peningkatan mendadak itu adalah di luar kawalan kami,” kata Timbalan Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Lim Kwee Shyan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r Bermula Jun 2011, kerajaan menaikkan kadar elektrik sehingga tujuh peratus selain peningkatan 20 peratus gas asli membabitkan seluruh industri.\r\r\n\n\n\n\n Pengeluar sarung tangan menggunakan kurang daripada 2mmscfd gas asli dan kini membayar RM16.07 setiap mmBtu, iaitu 23.6 peratus lebih daripada kadar lamanya, RM13.00 setiap mmBtu.\r“Kami diberitahu kenaikan harga gas asli dan elektrik yang seterusnya dijadualkan pada Januari 2012,” katanya.\rKwee Shyan berkata, MARGMA juga merayu kepada kerajaan supaya tidak menghalang pengambilan pekerja asing yang sah.\r“Ia kerana pekerja asing tidak sah yang diberi pengampunan mungkin tidak sesuai untuk bekerja di kilang sebaliknya lebih sesuai bekerja di restoran.\r\n\n\n\n\r“Jika pekerja asing yang diberikan pengampunan ini dipaksa untuk bekerja dengan kami, mereka akan melarikan diri ke bandar. Kami mahukan pekerja yang betul-betul mahu bekerja di kilang apabila mengupah mereka,” katanya.\rMengenai kos yang semakin tinggi dalam perniagaan itu, Lim berkata MARGMA tiada pilihan selain hanya mampu menasihat ahlinya untuk menyelaraskan harga sarung tangan mengikut kesesuaian.\rKesan daripada peningkatan yang semakin tinggi membabitkan kos operasi, harga sarung tangan dan jumlah pengeluaran yang semakin meningkat, Lim berkata Malaysia bersedia untuk mencatat rekod eksport sarung tangan getah bagi tahun kesembilan berturut-turut.\r“Tahun ini, eksport sarung tangan berkembang sehingga 12 peratus meningkat kepada RM10 bilion. Untuk separuh tahun ini saja, kami sudah mengeksport sebanyak RM4.7 bilion,” katanya.\rUntuk 15 tahun terakhir, Malaysia adalah pembekal sarung tangan utama di pasaran dunia. Tahun lalu, negara mengeksport hampir 100 bilion keping sarung tangan ke lebih 180 negara.\rJumlah itu meliputi dua pertiga daripada pasaran sarung tangan seluruh dunia menyaksikan produk kesihatan seperti sarung tangan untuk kegunaan perubatan kekal menerima permintaan kukuh di sebalik pertumbuhan suram ekonomi global.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|