CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

Tempurung Pecah: Beri saja apa yang mereka mahu Mat!

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aku mahu hiburan yang penonton filem aku peroleh benar-benar jujur seronoknya\rSEMEMANGNYA makan pagi, tengahari, minum petang atau high tea dan makan malam dibalas lemang demi lemang kadar pertumbuhan akal terbantut aku rasa. \r\n\n\n\n\rAku seorang mungkin yang berperasaan begitu, selebih umat keluarga aku pula lemang umpama makanan mutlak seminggu hari raya. Ramadan datang dan pergi, Syawal singgah seketika. Mudah-mudahan kita melaluinya dengan kemenangan.\r\r\n\n\n\n\nSelesai bab sambutan kini aku kembali ke set penggambaran filem Rentaz yang bernadikan cerita motosikal besar dan alam barzakh. Kembali gerun aku mengembara ke dunia yang penuh spiritual dan mencabar ini. \rBerkarya perlu penat dan air mata, kata seorang pengarah filem tersohor Indonesia itu. Aku percaya kata-kata itu bukan mainan tetapi satu ritual yang berpijak di bumi nyata.\rAh! Cukup bermadah. Sekarang aku perlu menumpukan seluruh tumpuan ke satu titik fokal yang mengembangkan mata. Ya! Aku perlu memikirkan hala tuju karya perfileman aku ke arah yang lebih bergetar sifatnya. Cukup untuk mengekalkan aku hidup sebagai pengarah dan penulis filem yang hidup untuk berkarya dan berkarya untuk hidup saling bertaut mewarnakan dunia seni bukan penjaja ilusi yang halimunan. \rKenapa sekarang aku perlu mengubah haluan? Aku sendiri bertanya kepada diri aku ini. Apa perlu perubahan jika aku sudah tahu apa yang dimahukan peminat sinema tempatan? \r\n\n\n\n\rBeri apa yang mereka mahu Mat! Usah susah-susah donk! Ya, aku beri namun jika sering diberi apa yang dimahukan nescaya apa yang diberi kurang nilai kejutan dan debaran yang sepatutnya memenuhi setiap babak di dalam filem aku. Aku gusar itu. Aku mahu hiburan yang penonton filem aku perolehi benar-benar jujur seronoknya!\rSebagai contoh yang nyata adalah di mana letaknya tahap penerimaan individu di dalam menilai sesebuah filem. Ada babak dan dialog yang predictable dan ada yang babak dipenuhi kejutan demi kejutan. Ada sesetengah manusia gembira dan bertepuk tangan jika apa yang dihidangkan diketahui terlebih dahulu. \rJika di buat adegan yang perlu berkait di antara karakter, ruang masa dan konflik yang berat, mereka akan mengerutkan dahi dan jiwa raga kesusahan. Aku memilih yang kemudian. Aku suka akan perkara yang tiada di duga. Dari perwatakan, ucap kata hinggalah ke premis kejadian. Aku suka kelainan. Kejutan yang aku maksudkan di sini adalah sense of surprise dan twisted di dalam penceritaan bukan kejutan melompat dari kerusi. Itu kena tengok filem-filem Azahari Zain. Sekejap-sekejap terkejut. Dia suka benor buat filem seram. \rMungkin hidup dia penuh seram. John Carpentar Malaysia dia ni.\rJadi, setelah genap 10 filem aku hasilkan sudah tiba masanya aku menoleh ke belakang untuk melihat ke hadapan. Aku tidak mahu mengulangi kekalahan mahupun kejayaan yang sama. Karya harus terus berkembang. Seni harus terus berubah supaya segar dan mendapat dibahaskan. Woody Allen tiada mahu kembali ke zaman Banana dan Annie Hall. Beliau terus berkembang dengan karya yang lari dan menyimpang dari kesukaan peminatnya. Kerana beliau ingin terus dikatakan berkarya. Bukan mengulangi cerita yang sama. \rSesekali apabila di jentik nostalgia beliau kembali menghasilkan forte filemnya seperti \'Broadway Danny Rose\' namun kita semua sedia maklum menontonnya umpama menonton filem re-run yang dibikin untuk memenuhi kehendak bukan dia.\rBagaimana dengan Steven Spielberg yang ingin kembali dengan siri akhir Indiana Jones\'nya? Tak perlulah kita berbahas kerana jelas apa yang dilihat adalah siri ulangan yang berwajah tidak segar lagi. Kita lebih terhibur dengan filem Cowboys And Aliens yang diterbitnya.\rSungguh besar nama-nama yang aku rujukan kerana sebesar itulah harapan aku mencari jalan untuk memuaskan kehendak naluri hiburan penonton tempatan. Mereka adalah dunia aku. Aku bertanggungjawab untuk memberi pulangan yang berbaloi dengan pelaburan tiket yang mereka beli. \rTontonlah filem aku kerana karya aku untuk kalian. Aku harus mengucapkan ayat itu setiap hari untuk menguatkan lagi hasil kerja dan mutu seni yang seharusnya aku pupuk atas rasa tanggungjawab.\rJadi ke mana nak aku bawa kalian selepas ini? Hah!  Sepuluh filem awal sudah kalian saksikan tunggulah lagi 10 yang akan menaikkan semangat patriotik bangsa dan negara. Err.....kalian nak tengok tak lagi siri Kampung Pisang?

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069154 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list