|
PUBLIC Bank melancarkan tiga dana baru, iaitu PB Asia Emerging Growth Fund, PB Bond Fund dan PB Sukuk Fund yang diuruskan anak syarikat milik penuhnya, Public Mutual.\rPB Asia Emerging adalah dana ekuiti yang akan berusaha mencapai pertumbuhan modal bagi tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang dengan melabur terutama dalam saham syarikat bersaiz sederhana dan kecil di pasaran domestik dan serantau.\r\n\n\n\n\r PB Bond pula akan menyediakan pendapatan tahunan menerusi pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang, manakala PB Sukuk akan melabur dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam. \r\r\n\n\n\n\n Ketua Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, PB Asia Emerging akan menawarkan pelabur peluang kepada pelabur melabur dalam syarikat dengan prospek pertumbuhan meyakinkan termasuk pasaran seperti Korea Selatan, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan pasaran lain yang dibenarkan.\rPB Bond pula, katanya akan menyediakan pelabur akses kepada pasaran bon yang biasanya tidak boleh dimasuki pelabur biasa yang berada dalam pasaran terutama bagi pelabur institusi yang mana urus niaga standard ialah RM5 juta bagi satu lot manakala PB Sukuk akan menyediakan akses kepada pelabur kepada pasaran sukuk.\r“Harga terbitan awal PB Asia Emerging ialah 25 sen seunit, manakala harga PB Bond dan PB Sukuk kedua-dua pada RM1 seunit ketika tempoh tawaran awal 21 hari bermula esok sehingga 26 September, 2011,” kata beliau.\rBeliau menjelaskan, semasa tempoh tawaran awal, caj perkhidmatan promosi istimewa sebanyak lima peratus bagi harga terbitan awal seunit akan dilanjutkan dengan pembelian unit PB Asia Emerging.\r\n\n\n\n\rPelabur yang memilih Direct Debit Instruction dengan PB Asia Emerging semasa tempoh itu juga akan menikmati caj perkhidmatan promosi istimewa pada 5.25 peratus nilai aset bersih seunit selagi Direct Debit aktif.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|