CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

MARA wujud pakatan sedia dana

[Copy link]
Post time 6-9-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Kerjasama dengan bank tempatan mampu tingkat jumlah pembiayaan\rBAGI menyediakan dana pembiayaan lebih besar kepada usahawan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhasrat mewujudkan pakatan dengan beberapa lagi institusi perbankan tempatan dalam tempoh terdekat ini.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Ketua Pengarah MARA, Mohd Rosdi Ismail berkata, pakatan yang bakal diwujudkan itu akan membolehkan agensi itu meningkatkan jumlah penyediaan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera berbanding hanya RM500,000 sekarang.\r\r\n\n\n\n\n  “Ketika ini, menerusi Skim Jaminan Usahawan Bumiputera Mara (SJUM), MARA sudah pun menjalinkan pakatan dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd yang bertindak sebagai penyedia pinjaman, sementara MARA pula bertindak sebagai penjamin.\r“Sejak diperkenalkan tahun lalu, skim itu telah mendapat sambutan hangat sekali sehingga memerlukan MARA memperbesarkan skop penyediaan pembiayaannya.\r“Justeru, bersandarkan kepada situasi semasa, MARA berhasrat memperluaskan lagi skop pakatan yang diwujudkan bersama dengan Bank Muamalat dan beberapa lagi institusi perbankan tempatan yang lain bagi membantu meningkatkan sumber pembiayaan kepada usahawan Bumiputera,” katanya selepas mewakili MARA memeterai perjanjian persetujuan dengan Shapers Malaysia Sdn Bhd bagi penganjuran program Halal Fiesta Malaysia yang pertama (Halfest 2011), di Kuala Lumpur semalam.\rMajlis itu disaksikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dan Ketua Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin.\r\n\n\n\n\rBagi menjayakan hasrat pakatan bersama institusi perbankan berkenaan, Mohd Rosdi berkata, MARA buat permulaan ini, akan mengadakan rundingan dengan CIMB Islamic Bank Bhd tidak lama lagi kerana bank terbabit  tertarik dengan program yang dianjurkan MARA, khususnya dalam penyediaan sumber pembiayaan untuk mewujudkan lebih ramai lagi usahawan global dari kalangan Bumiputera.\r“Mereka (CIMB Islamic Bank) menawarkan diri untuk menjalinkan pakatan dengan MARA dan kami akan mengadakan perbincangan lanjut mengenainya tidak lama lagi,” katanya sambil menambah agensi berkenaan juga terbuka untuk mengadakan pakatan dengan institusi perbankan lain yang berminat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.401110 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list