|
Sifat Bias: Lelaki atau Perempuan yang lebih?
[Copy link]
|
|
saje nak tepek utk peringatan semua..
MERTABAT SEORANG WANITA
Islam datang memertabatkan nilai seorang wanita. Asal wanita di zaman Jahiliah sebagai sumber keganasan lelaki, dan anak-anak perempuan juga ditanam hidup-hidup. Datangnya islam meletakan wanita ditempat yang sangat tinggi.
Apa tidaknya, kalau menyebut tentang wanita, tergambar, ibu,isteri dan anak perempuan.
Bahkan memelihara 'wanita' ini juga menjanjikan kebaikan dan syurga bagi seorang lelaki. sebagaimana yang banyak di sebut dalam Hadith2 Nabi s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Begitulah , bila dipandang pada sudut lain betapa tingginya darjat wanita itu.
• Fitrah lelaki suka kepada wanita
• Surah dalam al-Quran ada surah bernama wanita “ an-Nisa’
• Ummu Kitab… (ibu Kitab) – tidak ada yang di sebut bapa kitab
• Yang mula-mula memeluk Islam juga wanita – isteri Rasulullah s.a.w Saidatina Khadijah
• Yang mula-mula mati syahid juga wanita –
• Syurga juga dikatakan terletak dibawah tapak kaki wanita yakni ibu
• Ditanyai Rasulullah s.a.w. oleh para sahabat, siapa yang harus di taati, jawapannya kita pun tahu … ibumu 3x…. kemudian baru bapamu.
• Selalunya untuk mengambarkan pusat atau kebesaran satu2 tempat juga di sebut “.. Ibu pejabat, Ibu kota, Ibu jari, …dll
Bayangkan, betapa tingginya Allah meletakkan taraf wanita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biasss biasss biass. Bias nih mcm memihak seseorang di pihak kita kan?
Hmmm bias nih ber ...
naikAntena Post at 13-9-2011 03:26
good point actually...tetapi sejauh manakah keadilan manusia? siapakah manusia utk menghukum manusia lain? sebab tu biasness depends a lot of your believes, upbringing, education, society, religion, etc...
sebab tu kita tengok banyak peperangan berlaku di dunia...sebab ape? sebab bias...we may think we are correct, but the other party thinks you are wrong...mcm Israel dan Palestin la...
Sebab tu aku tak kisah sangat bab2 perang ni, memang perangai manusia dah begitu...bias...tak kira lelaki atau pompuan... |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki lebih rasional and adil....perempuan lebih emosional dan think too much |
|
|
|
|
|
|
|
bias??...klu ikut tempat kerja ann tak ade sifat bias antara rakan sekerja baik lelaki mahupun perempuan...kita org neutral ground...tetapi klu bangsa/kaum mungkin kutt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pulak bias tu perlu dibahagikan ikut group lelaki dan wanita? Boleh je jugakkan kalau bias tu dibahagikan ikut ketinggian darjat, taraf pendidikan dan harta kekayaan.. Contoh: bos akan jadi lebih bias berbanding kerani kerana bos ada kuasa.. Mak ayah akan lebih bias pada anak yang pandai ambik hati dan mendengar kata dan polis mungkinkah akan lebih bias dengan org yg mempunyai taraf dato' etc.. So? Doesn't mean that women is more bias than men.. Btol tak? Tajuk perlu tukar ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|