CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Industri halal sasar 2 angka

[Copy link]
Post time 10-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA menyasar untuk mencatat pertumbuhan dua angka dalam jumlah eksport industri makanan dan minuman halal yang diproses bermula tahun ini dan seterusnya, yang mana antara lain disumbangkan aktiviti seperti penganjuran Halal Fiesta Malaysia (HALFEST).\rMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pada tahun lalu jumlah eksport makanan dan minuman halal yang diproses adalah RM8.2 bilion.\r\n\n\n\n\r  Katanya, potensi sektor berkenaan sewajarnya dieksploitasi sebaik mungkin oleh usahawan sedia ada agar permintaan industri halal bergerak dengan lebih aktif untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, permintaan daripada destinasi eksport utama seperti Amerika Syarikat, China, Pakistan, Jepun dan Singapura sentiasa meningkat berikutan rakyat mereka mula menyedari kualiti produk dari sektor itu.\rSasaran dua angka untuk jumlah eksport industri makanan dan minuman halal yang diproses ini boleh ditingkat dengan mudah jika kita memperbaiki strategi di pasaran sedia ada, termasuk menerusi penganjuran HALFEST 2011 bulan depan, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia dan pelbagai inisiatif lain.\rSebenarnya RM8.2 bilion masih kecil jika dibandingkan  potensi yang ada dan ia masih perlu ditambah supaya Malaysia diiktiraf sebagai peserta yang signifikan dalam pasaran halal global, katanya    selepas melancarkan HALFEST di Kuala Lumpur, semalam.\rMustapa menjelaskan, tanggapan negatif bahawa Malaysia tidak akan mampu bersaing secara kompetitif di pentas antarabangsa perlu diubah kerana hakikatnya, negara mampu memberikan persembahan lebih baik berbanding Brazil, Thailand dan Australia yang terlebih dulu menempa nama.\r\n\n\n\n\rTerdahulu dalam ucapannya, Mustapa berkata, HALFEST dan ekspo lain adalah batu loncatan yang  membantu syarikat tempatan mengukuhkan jenama produk serta menambah baik perkhidmatan yang diberikan agar menepati standard serta piawaian antarabangsa.\rAntara lain, ekspo ini juga akan menarik minat lebih banyak usahawan tempatan untuk bersaing dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran global, selain menjadi perantara kepada syarikat antarabangsa untuk menilai kemampuan dan hasil pengeluaran syarikat halal tempatan, katanya.\rPasaran halal global jelas beliau lagi, menjanjikan potensi sangat besar kerana mencatatkan lebih AS$2.3 trilion setahun.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.659852 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list