CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Sastera.com: Kisah simati pada acara pengkebumian

[Copy link]
Post time 13-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LAMAN sesawang CNNGo di alamat www.cnngo.com menyorot penggunaan buku berita kematian pada majlis pengebumian di Thailand yang bukan saja merekodkan maklumat seperti biografi si mati, malahan fakta sejarah dan juga resipi masakan.\rLaman itu melaporkan, amalan yang semakin popular itu bukan hanya  untuk menyampaikan maklumat si mati semasa hidupnya kepada tetamu yang hadir, tetapi juga turut menjadi cara yang penting dalam mengekalkan tradisi dan kebudayaan.\r\n\n\n\n\rSeorang guru yang mengajar di Bangkok, Tieng Nantoe, dilaporkan berkata, beliau pernah menulis sebuah buku berkenaan ketika adiknya, seorang tentera, meninggal dunia kira-kira tujuh tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n“Buku mengenai seseorang yang sudah mati ini biasanya ditulis oleh saudara-mara mereka. Ia adalah adalah sesuatu yang baik kerana ia adalah mengenai pekerjaan, idea, pemikiran, dan perasaan si mati,” beliau dipetik berkata demikian dalam laman terbabit.\rLaman itu turut melaporkan, teks dan foto yang digunakan dalam buku berkenaan tidak semestinya menunjukkan keadaan berkabung kerana ia juga boleh menyatakan kisah menggembirakan dari saudara-mara si mati, ditambah dengan ayat doa Buddha serta maklumat menarik lain seperti penerangan resipi kegemaran si mati.\rDilaporkan, buku berkenaan tidak hanya dibaca oleh saudara-mara dan rakan yang berkabung, tetapi juga oleh golongan sarjana, chef, dan artis yang menjadikannya sebagai satu sumber rujukan.\rGolongan berkenaan merujuk buku itu untuk maklumat sejarah, panduan masakan tradisional, rekod perjalanan, maklumat perubatan, kisah aneh dan gosip, serta maklumat kebudayaan.\r\n\n\n\n\rLaman itu melaporkan amalan yang dilakukan sejak lebih 100 tahun lalu di negara dengan kepadatan penduduk 65 juta itu menyebabkan jumlah buku dalam genre berkenaan ketika ini tidak terkira banyaknya.\rTidak ketinggalan, laman terbabit turut melaporkan beberapa restoran eksklusif di Thailand mendapatkan resipi masakan yang asli dan lazat daripada buku genre berkenaan dalam kelompok antik.\r“Chef hanya perlu melawat perpustakaan, muzium, kuil, kedai, atau rumah mereka yang menyediakan buku ini bagi kemudahan orang ramai untuk membacanya dan mendapatkan resipi yang baik,” beliau dipetik berkata dalam laman terbabit.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.075572 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list