View: 207|Reply: 0
|
Iqra: Pendedahan pandu ummah kenali musuh Islam
[Copy link]
|
|
Judul: Sepuluh Tokoh Musyrik dalam al-Quran\rPenulis: Harun Arrasyid Tuskan dan Abu Azka Al-Madani\rPenerbit: Yamani Angle Sdn Bhd\r\n\n\n\nPengulas: Hasliza Hassan\rHarga: RM25\r\r\n\n\n\n\nPENEMUAN kisah tokoh musyrik yang diceritakan dalam al-Quran mencetuskan idea menghimpunkan kisah mereka walaupun penulisnya mengakui ia mungkin menimbulkan persoalan di kalangan pembaca kerana penonjolan watak yang menentang perjuangan Rasulullah SAW.\rNamun, berbekalkan keyakinan setiap wahyu Allah mengandungi hikmah, maka terbitlah buku Sepuluh Tokoh Musyrik dalam al-Quran hasil tulisan Harun Arrasyid Tuskan dan Abu Azka Al-Madani setebal 242 halaman.\rMengapa Allah menyelitkan kisah mereka dalam al-Quran kerana ingin mendedahkan identiti serta hati budi pihak yang dalam jiwanya penuh penentangan terhadap Islam. Ironiknya, kumpulan itu wujud, kini dan sepanjang zaman.\rJusteru, hikmah serta iktibar yang relevan sepanjang masa itu sewajarnya diberi perhatian supaya umat Islam tidak tergolong dalam kumpulan Musyrik yang terdiri daripada orang munafik dan suka bermuka-muka tetapi hatinya membenci Islam dan Rasulullah SAW.\r\n\n\n\n\rContohnya, Abdullah bin Ubai bin Salul al-Ansari terkenal dengan sifat munafiknya seperti disepakati ahli hadis mengenai kisahnya dalam surah al-Munafiqun, ayat 1 hingga 8. Abdullah bin Ubai bukan saja bersekongkol dengan musuh umat Islam malah, dia juga penyebar gosip.\rWatak lain diceritakan ialah bapa saudara Rasulullah SAW sendiri iaitu Abu Lahab bin Abdul Mutalib. Kisah ini membuktikan, dalam berdepan cabaran mengajak ke arah kebaikan, tidak mustahil kita berdepan tentangan daripada ahli keluarga sendiri.\rBuku Sepuluh Tokoh Musyrik dalam al-Quran menggunakan pendekatan mengimbau sejarah dilalui tokoh musyrik, sifat ditunjukkan mereka yang tidak beriman walaupun diperlihatkan cahaya kebenaran kepada mereka diikuti sebab turunnya ayat.\rSuka atau tidak, perwatakan tokoh diceritakan dalam al-Quran berada di sekeliling kita. Oleh itu, penting untuk mengenali watak mereka dalam usaha mengajak umat Islam kembali menghayati ajaran agama.\rTidak dinafikan, ada juga watak musyrikin yang tidak memeluk Islam tetapi menabur jasa kepada perjuangan Rasulullah, menjadi pelindung Baginda daripada tentangan dan kejahatan pihak kufur. \rKetokohan Abu Talib sebagai pelindung Rasulullah SAW menimbulkan rasa bercampur baur khususnya mereka yang mengharapkan balasan baik terhadap perbuatan baiknya menyokong perjuangan anak saudaranya menyebarkan Islam.\rWalaupun menolak beliau tidak pernah menentang. Itulah keistimewaan Abu Talib yang pastinya mengajak pembaca berfikir. Jawapannya, dalam halaman 80 yang mengulas ayat surah at-Taubah.\rMendepani kehidupan semakin mencabar, panduan serta iktibar daripada sejarah yang sudah berlaku boleh memberi manfaat untuk memandu umat Islam hari ini mengenali musuh Islam serta waspada tipu helah mereka.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|