CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

BYEE wujudkan kesedaran alam sekitar kepada generasi muda

[Copy link]
Post time 15-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
USAHA mengubah pandangan dunia mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar,  tidak memerlukan seorang yang memiliki kuasa luar biasa, sebaliknya hanya perlu dikendalikan mereka yang bermotivasi tinggi.\rRumusan itu diperoleh selepas sesi Perbincangan Meja Bulat Bayer Young Environmental Envoy (BYEE).\r\n\n\n\n\r  Perbincangan itu dihadiri pemenang persidangan berkenaan pada 2009, Felicity Kuek Wen Ik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT); pemenang BYEE 2010, Haneesa Zahidah Mohamed Shah Redza dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Jerry Lee Lin Jian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).\r\r\n\n\n\n\n  Sesi dipengerusikan Jeanisha Wan dan Pengarah Urusan Bayer (M) Sdn Bhd, Herbert Dittmar dan disertai Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Bayer, Karen Koh sebagai ahli panel.\rDittmar berkata, BYEE bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai keperluan menjaga alam sekitar.\r“Ia juga sebahagian tanggungjawab sosial korporat syarikat dan dijadikan landasan kepada golongan muda di institusi pengajian tinggi berkongsi inspirasi menjadikan dunia tempat bebas pencemaran.\r“Penganjuran memasuki edisi keenam menunjukkan peningkatan penyertaan.  Sambutan itu mencerminkan golongan muda hari ini, peka kepada masalah semasa,” katanya.\r\n\n\n\n\rFelicity kini melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Swinburne, Kuching, Sarawak, berkata pemilihannya sebagai pemenang BYEE 2009 adalah pencapaian moral dalam usaha memelihara dan memulihara spesies penyu ketika di UMT.\rProjek berkenaan katanya, masih diteruskan melalui Unit Penyelidikan Penyu Laut (SEATRU) UMT.  BYEE memberi pengalaman berharga untuk meningkatkan keyakinan diri.\r“Pada masa akan datang, saya berharap lebih banyak usaha dilaksanakan terutama dalam bidang biodiversiti marin,” katanya.\rSementara itu, Haneesa Zahidah, berkata penubuhan Kelab Alam Sekitar UAIM dikenali Pasukan Hijau menjadi permulaan kepadanya supaya lebih agresif dalam memperjuangkan isu penjagaan alam sekitar.\rSejak kecil lagi katanya, dia memiliki sifat sayangkan alam sekitar, bukan saja tumbuhan, bahkan haiwan dan serangga yang wujud di sekeliling kita.\r“Pembabitan dalam BYEE 2010 dan dipilih pemenang adalah bonus terhadap usaha saya dan rakan-rakan di UIAM. Kami mewujudkan pusat pelupusan (sampah) sehenti di kampus dan mendapat kerjasama membanggakan,” katanya.\rUntuk sesi perbincangan kali ini, Natassia Julianna Zaini dari Universiti Kuala Lumpur dan Lim Gene-Harn dari Universiti Sains Malaysia dipilih sebagai pemenang BYEE 2011.  Natassia akan mewakili Malaysia pada BYEE di Jerman bersama-sama pemenang seluruh dunia.\rHadiah disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Anugerah Bayer Young Environmental Envoy di Sutera Room, Cyberview Lodge & Resort Cyberjaya, baru-baru ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.040189 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list