CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Syar'iyyah rungkai kemusykilan

[Copy link]
Post time 16-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kaedah pastikan sistem pentadbiran ikut hukum syarak\rKETIADAAN nas qatie atau hukum pasti dan nyata yang tidak boleh dipertikaikan dalam sistem pentadbiran, fatwa, ijtihad, kehakiman serta ekonomi menjurus kepada pentingnya pemahaman fungsi siasah syar\'iyyah sebagai kaedah sistem pentadbiran mengikut hukum syarak.\r\n\n\n\n\rMemahami siasah syar’iyyah adalah cara terbaik untuk menangani persoalan tuntutan kehidupan melingkungi umat Islam hari ini yang terdedah dengan cabaran global supaya setiap permasalahan dapat ditangani bertepatan syariat Islam.\r\r\n\n\n\n\nProfesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Siasah Syar’iyyah dalam Pemerintahan Negara,’ menerangkan secara terperinci pengertian siasah syar’iyyah serta kepentingannya dalam sistem pemerintahan negara.\rBagaimanapun, pengertian mudah difahami mengenai siasah syar’iyyah dalam konteks itu ialah kelonggaran bagi pemerintah melakukan apa saja yang boleh membawa kebaikan selagi tidak bertentangan prinsip agama walaupun tidak ada dalil khusus membolehkan ia dilakukan.\rMemetik pandangan Fathi Uthman dalam bukunya, Min Usul al-Fikr as-Siasi al-Islami, caranya ialah fuqaha akan berijtihad memahami sumber hukum, melakukan takwil (tafsiran), kompromi, menentukan yang mutlak dan muqaniyad (tidak terikat), umum dan khusus serta nasikh dan mansukh antara dalil berkenaan.\rFuqaha juga akan berijtihad menentukan hukum yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah yang boleh mencapai objektif syariah serta prinsip umumnya.\r\n\n\n\n\rKeputusannya nanti berbeza mengikut penilaian, cara berfikir antara individu dalam keadaan serta zaman yang berbeza-beza, tujuannya bagi menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan orang ramai serta tidak bertentangan dengan nas syarak sama ada secara khusus atau umum.\rSementara Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bagaimana kesilapan besar berlaku terhadap syariat kerana kejahilan mengenai kaedah berkenaan yang merujuk kepada perubahan dan perbezaan fatwa berasaskan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat serta faedah.\rItulah ijtihad yang dinamakan fuqaha sebagai sahsiah syar’iyyah untuk menangani persoalan baru berasaskan realiti semasa umat yang akan berubah dan pemerintahan Islam pada waktu itu.\rNyatalah bahawa doktrin siasah syar’iyyah ini lahir daripada kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap kehendak syariat serta realiti hidup. Fuqaha menegaskan, tanpa pemahaman  menyeluruh, banyak nilai keadilan tidak akan terlaksana.\rMelihat perkembangan berlaku dalam masyarakat, kefahaman siasah syar’iyyah dalam semua aspek kehidupan penting untuk melayani keperluan ditimbulkan oleh perubahan pesat yang boleh melahirkan banyak masalah luar jangka. \rJabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menganjurkan Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011 (SPSS 11) esok (17 September) di Dewan Besar Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan.\rSeminar itu bakal mendedahkan konsep siasah syar’iyyah sebagai kaedah sistem pemerintahan Islam dan penentuan hukum ijtihad. Ia juga bakal merintis jalan kepada mewujudkan garis panduan dalam memastikan segala tindakan atau polisi bertepatan konsep siasah syar’iyyah.  \rPensyarah KIAS, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, berkata pendedahan mengenai pelaksanaan siasah syar’iyyah dalam konteks semasa membantu semua pihak mengatasi masalah serta konflik yang timbul dalam kehidupan masyarakat serta sistem pentadbiran negara.\rBeliau yang juga salah seorang pembentang kertas kerja berpendapat, agama Islam yang bersifat tidak mengikat membolehkan setiap perkara difahami dan kepentingan dipelihara mengikut  syarak.\rMengambil contoh hukum zakat, kerajaan mengabaikan untuk mengikut pendapat mazhab Syafie supaya zakat fitrah dibayar dengan beras kerana melihat kepada tuntutan sekarang di mana wang ringgit lebih sesuai untuk membantu orang miskin.\r“Dari sudut siasah, kita mempunyai nas tetapi disebabkan berlaku perubahan, kita perlu membuat pilihan. Oleh itu, ada hukum fatwa yang tidak terikat dengan mazhab kerana keputusan itu lebih sesuai dengan kepentingan umat Islam masa kini,” katanya.\rBeliau berkata, kefahaman terhadap siasah syar’iyyah diharap dapat menimbulkan kesedaran umat Islam seterusnya melahirkan perasaan hormat terhadap undang-undang syariah.\rKatanya, tidak dinafikan berlaku percanggahan pendapat  dalam perkara cabang hingga menimbulkan kekeliruan. Itu berpunca daripada pandangan sempit disebabkan terlalu fanatik atau taksub dengan pendapat serta hujah sendiri.\rDr Abdul Basit berkata, siasah syar’iyyah bertujuan melayani keperluan yang timbul oleh perubahan yang perlu diselesaikan berpandukan al-Quran dan sunnah oleh mereka yang pakar supaya tidak bertentangan nas syarak.\r“Untuk bercakap mengenai kejuruteraan kita ada IR, bercakap pasal ubat kita ada Dr tetapi untuk hal membabitkan agama, semua orang hendak masuk. Itu yang silapnya dan kasihan agama,” katanya.\rSelain beliau, antara tokoh akademik yang akan mengupas isu penting pada seminar itu ialah Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman; Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Shukeri Mohamad dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049943 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list