|
Manifestasi kemelut masyarakat yang terperangkapPAMERAN Solo Perangkap karya Anassuwandi Ahmad di Galeri House of Matahahati (HOM), Ampang yang berlangsung sehingga 24 September ini, menampilkan catan dan arca dinding yang menjadi manifestasi terhadap permasalahan kontemporari masyarakat hari ini.\n\n\n\nKurator Pameran Solo Perangkap, Faizal Sidik berkata, Anassuwandi mengungkapkan kemelut yang dihadapi masyarakat apabila permasalahan yang melanda mereka akhirnya bertindak seperti perangkap terhadap mereka sendiri.\n\n\n\n\n\n“Ia adalah tanggapan jiwa seniman Anassuwandi terhadap jaring masalah yang memerangkap ahli masyarakat apabila mereka mudah tergoda dalam kehidupan seharian.“Beliau mengambil contoh permasalahan seperti dadah, kongsi gelap, lumba haram, rasuah, ketagihan perjudian, alkohol, dan pinjaman wang haram yang akhirnya menjadi jaring yang memerangkap,” katanya pada wawancara dengan Galeri, baru-baru ini.Faizal berkata, sepanjang kerjaya seni Anassuwandin, pelbagai penerokaan media dan teknik dihasilkannya sehingga karya pelukis itu turut menjadi pilihan koleksi beberapa organisasi berwibawa seperti Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Galeri Petronas, Balai Seni Lukis Kedah dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang.“Dalam Siri Perangkap: No 2, Anassuwandi menggunakan pelbagai bahan seperti buluh, jala, jerami, dan besi bagi menghasilkan sebuah perangkap bubu.“Siri Perangkap: The Circle pula adalah manipulasi bentuk yang bermain dengan ruang tiga dimensi iaitu arca gantungan yang agak berlainan dari karya beliau yang biasanya berada di dinding,” katanya. Anassuwandin ketika ditemui, mengakui memperoleh idea menggunakan perangkap tradisional seperti bubu dan serkap sebagai subjek utama kerana biasa melihatnya alat yang digunakan untuk menangkap ikan oleh nelayan sejak kecil lagi.“Sebagai anak yang lahir di perkampungan nelayan di Kuala Kedah, saya sudah biasa melihat orang menggunakan perangkap tradisional ini. Dari pemerhatian itu, saya mendapat ilham menjadikannya sebagai karya seni, sekali gus subjek penting pada siri pameran kali ini,” katanya.INFO: Pameran PerangkapArtis: Anassuwandi AhmadJumlah Karya: 15Lokasi : House of Matahati, 6A Jalan Cempaka 16, Ampang, Selangor Alamat sesawang : www.houseofmatahati.blogspot.com Tarikh: Sehingga 24 SeptemberTelefon: 03-92856004
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|