CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ronin

Ternampak kucing kesayangan di Mekah?

[Copy link]
Post time 27-9-2011 02:59 PM | Show all posts
Tak tau apa sebab kucing tu mati.....tapi masa jumpa mulutnya berbuih....mungkin termakan racun ko ...
ronin Post at 27-9-2011 14:32


sedihnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 03:00 PM | Show all posts
tak ada sambungan ke ronin.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 05:04 PM | Show all posts
YEP..betul tu... main point kite ke mekah krn apa--- utk beribadah kepada Allah..utk menca ...
ayeesha Post at 26-9-2011 15:39


setuju sangat....malah pengalaman beberapa teman mengatakan bila kat Mekah langsung dah tak ingat ttg dunia.....yg derang ingat hanya beribadat saja......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 05:06 PM | Show all posts
Ada cite gak psl kucing ni. Cite dari keluarga mentua di sabah. Ada seorang makcik ni kehilangan kuc ...
sukeje Post at 27-9-2011 11:09


Thanks for sharing.....ternyata kucing ada tempat istimewa dlm dunia ghaib kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 05:14 PM | Show all posts
Sabar menunggu......
jazaa Post at 27-9-2011 11:22


mimi dan jazaa.......malam tadi mmg nak sambung cerita 2 tapi halilintar disertai dgn angin kuat dan hujan menyebabkan saya jadi mengantuk dan terlena di sisi komputer....
sekurang-kurangnya sekali main switch tertutup dan lampu terpadam.....memberi isyarat bahawa, 'theres another tomorrow for the next story" ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 05:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by dzila_87 at 27-9-2011 17:58

Dzila pernah mengalami kejadian serupa dengan adik ipar TS,saja nak berkongsi cerita since TT dah tanya.Dzila tinggalkan kucing dzila kat boarding kucing petknode(rasa semua dah tau citer pasal petknode yg kejam iteww).Dzila balik rawang,dekat je sebenarnye tp sbb xde kenderaan nak bawak kucing tu balik terpaksa la tinggalkan walaupun berat hati.Satu malam tu,dzila terdengar anak kucing mengiau2 kat kawasan umah(kucing dzila still anak kucing lg).Dzila rasa pelik la dan start xsedap hati.Esok paginya dzila still terdengar2 lg suara anak kucing mengiau2 tp cari2 xjumpa.Clear sgt.Hari dzila nak balik amik kucing dzila kat Petknode tu dzila dapat call cakap owner petknode lari,kucing terbiar mcm tu je.So,dzila naik teksi pergi petknode cari kucing dzila.Seharian dzila kat situ baru jumpa kucing dzila.Sedih je dzila tgk muka dia.Sekarang dia dah ok cuma doktor suspect ada kidney failure.Kesian sgt.1st time dzila jumpa dia kat petknode,dzila peluk xlepas2.Xkisah la dia kotor atau berbau.Dzila jaga dia dari kecik belum buka mata sampai 3 bln.Sedih sgt.

Dzila rasa mana2 pemilik kucing klu ada bonding yg kuat,diaorg boleh detect ada benda xkena..mcm ibu dan anak jugak

Pape pun hanya Allah yg lebih mengetahui segalanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2011 06:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by ronin at 27-9-2011 18:36

Cerita 2
Seperti yg dijanjikan, aku kena buat cerita 2, kisah ini spt yg diceritakan oleh sepupu wife aku yg kitaorang panggil sebagai Kak Cik yg duduk di Kapar. Cerita Kak Cik ni yg buat aku nak share kisah ttg kucing ini selepas mendengar kisah adik ipar aku ttg pengalaman dia di Mekah dlm Cerita 1. Bila dengar 2 pengalaman yg hampir sama tergerak hati nak cerita...
Kak Cik ni dulu menetap di Kelantan dan bekerja dgn kerajaan. Kat rumah dia ada beberapa ekor kucing yg duduk kat rumah dia...bukan sebab dia nak bela tapi kucing2 berkeliaran yg tiada bertuan, so dia bela seadanya....beri makan tapi dari segi kasih sayang..agak kurang..kiranya bukan penyinta kucing yg sejati lah...
Dalam beberapa ekor tu ada seekor yg suka berak dlm rumah, pada satu petang bila Kak Cik balik, punyalah berang dia bila dapati kucing tersebut berak merata, kata Kak Cik, dahlah penat.... kena bersih berak kucing lagi.... dek terlampau marah dia ambil kayu terus baling kat kucing itu, kena....apalagi mencelinap lah kucing tu lari.....keesokkan hari dia dapati kucing itu dah menjadi arwah kat luar rumah, apalagi menyesal lah Kak Cik....tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur....
Fast forward.....akhirnya Kak Cik berjaya memohon perpindahan ke Kelang kira2 10 tahun lepas dan menetap di rumahnya di Kapar. Tahun lepas dia buat umrah bersama suami dan emaknya......adalah satu petang tu somewhere kat Mekah, dia dan emaknya melayan sekumpulan burung2 merbuk sambil memberi makan, dan Kak Cik boleh terpandang di tengah2 burung2 merbuk tu kucing yg pernah dibunuhnya dulu...apalagi terperanjat dan lemah kepala lututnya.....macam mana ada kucing kat tengah2 burung tu dan menyerupai kucing yg pernah dia bunuh dulu? Lama dia merenung kucing itu dan kucing itu hanya memandang dia balik....sehingga kemudian emak Kak Cik tiba2 tarik lengan sambil bertanya kenapa dia diam saja macam orang berkhayal, mata tak berkelip-kelip mcm memandang sesuatu?
Lepas tu Kak Cik tanya emaknya semaada nampak tak kucing kat tengah2 burung2 itu... tapi emak dia kata tak nampak.....Fikir Kak Cik, "Ehh? Takkan aku sorang jer nampak?"
Kucing itu kemudian nya dah tak kelihatan.....tapi Kak Cik tak puas hati tanya emak dia lagi....badan dah menggeletar sebab takut (maklumlah pernah buat dosa dgn kucing) tapi emak dia kata tetap tak nampak kucing itu atau sebarang kucing lain. Apalagi makin takutlah Kak Cik....takut2 Allah nak menghukum nya di Mekah..... Nasib baik tiada insiden buruk yg berlaku kepadanya tapi debaran hati menyebabkan dia takut sepanjang berada di Mekah....
Mungkin juga...disebabkan peristiwa lampau, dia menyesal dan berubah menjadi penyayang kpd kucing......dan disebabkan kebaikkan dia menjaga seekor anak kucing yg lahir kat belakang rumah di Kapar sehingga dah besar dan berumur 8 tahun dah....dan walaupun kucing itu dianiaya oleh seseorang sehingga kudung kaki kanan kucing itu (kata doktor kena tetak) tetap dijaganya dgn penuh kasih sayang, dirawat sehingga sembuh sehingga kini.....walaupun kucing itu terhenjut-henjut tapi nampak sihat....jadi insiden di Mekah itu lebih menjadikan dirinya lebih menghargai haiwan.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:30 AM | Show all posts
Reply 27# ronin

thanks sudi share ,,kak cik patut jangan bagi langsung kucing masuk rumah..(sebab dia tak biasa, kucing aku memang tak keluar
rumah sebab dah train buang air dalam tandas..) kadangkala kita tak boleh nak salahkan kucing yang buang air dalam rumah macam
terjadi pada kakcik sebab dia bukan ada akal macam kita..kalau itula yg kakcik fikir, aku yakin dia tak akan ter 'bunuh' kucing itu..
tetapi kejadian yang di mekah itu telah megubah dia,,syukurla.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 08:58 AM | Show all posts
Dzila pernah mengalami kejadian serupa dengan adik ipar TS,saja nak berkongsi cerita since TT dah ta ...
dzila_87 Post at 27-9-2011 17:53


owh dzilla ada hantar anak kucing kat petknode tu? Betul2 zalim tuanpunya tempat itu! :@

Bila dengar suara anak kucing kat rumah tp tak jumpa tu tak terlintas ke dlm hati something bad is happening kat kucing dzilla?

Mcm pengalaman adik ipar sy kat Mekah bila nampak kucing dia kat Mekah dah ada perasaan tak sedap hati.....mungkin wujud telepathy disebabkan bond yg kuat dgn kucing nya.....ini semua hanya Allah sahaja yg tahu rahsia nya......
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by dzila_87 at 28-9-2011 15:24
owh dzilla ada hantar anak kucing kat petknode tu? Betul2 zalim tuanpunya tempat itu!

Bila ...
ronin Post at 28-9-2011 08:58

a'ah...dzila rasa xsedap hati tp dzila doa bnyk2 supaya kucing dzila tak apa-apa.Alhumdulillah masa dzila jumpa dia nampak sihat.Cuma baru2 nie je doktor suspect kidney failure sbb perut dia kembung
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053929 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list