View: 202|Reply: 0
|
TDM Plantation sedia RM87,000 bina kelas maya
[Copy link]
|
|
DALAM usaha membantu kerajaan mempertingkat kualiti dan keberkesanan sistem pembelajaran secara bersepadu di sekolah, TDM Plantation Sdn Bhd menyumbang RM87,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu, Kemaman, Terengganu bagi menubuhkan tiga kelas maya di situ.\rSK Padang Kubu ialah sekolah keempat yang bertuah menerima sumbangan daripada anak syarikat milik TDM Berhad itu. Sumbangan sebagai sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan, khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah sekitar Terengganu.\r\n\n\n\n\r Sebelum ini, tiga sekolah yang pernah menerima sumbangan sama ialah SK Paya Bunga, SK Telok Kalong dan SK Kompleks Seberang Takir.\r\r\n\n\n\n\n Kelas maya adalah integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi perisian, perkakasan dan prasarana dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. \rIa membabitkan penggunaan perkhidmatan internet tanpa wayar (WiFi), papan putih pintar interaktif dan buku elektronik (eBook). Kemudahan ini memberi peluang guru dan murid berinteraksi antara satu sama lain dengan cepat dan mudah.\rKetua Pegawai Eksekutifnya, Ab Halim Yusof, berkata dengan membantu pihak sekolah menubuhkan kelas maya, ia akan meningkatkan minat murid dan guru mengenai penggunaan ICT dalam pembelajaran. \r“Penubuhan kelas itu dapat mempertingkat kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di mana komputer digunakan sebagai sokongan kepada proses pembelajaran yang lebih bersepadu di antara guru dan pelajar.\r\n\n\n\n\r“Selain itu, ia juga mampu mewujudkan persekitaran lebih kompetitif kepada murid yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak kakitangan TDM Plantation supaya mereka juga turut cemerlang,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|