|
KOLEJ Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mensasarkan sekurang-kurangnya 500 pelajar antarabangsa menyertai program pembelajaran bahasa Inggeris yang bertaraf tinggi bagi setiap sesi pengajian mulai tahun depan.\rKetua Pegawai Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi, berkata program yang ditawarkan Akademi Bahasa KAYM adalah untuk pelajar antarabangsa antaranya dari China, Bangladesh, Thailand dan Indonesia.\r\n\n\n\n\r Masing-masing katanya, akan mengikuti pengajian bagi tempoh maksimum iaitu selama setahun.\r\r\n\n\n\n\n Program bahasa inggeris itu kata beliau, diadakan di Kampus Bandar institusi berkenaan bermula Julai lalu. Program mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar antarabangsa, malah pelajar tempatan juga ramai mengikutinya.\r“Selepas tempoh pengajian, pelajar boleh mengikuti program lain sama ada peringkat diploma atau ijazah di KAYM yang turut mempunyai program kerjasama dengan universiti dalam dan luar negara.\r“Kampus bandar itu beroperasi di bangunan lima tingkat dengan kapasiti 1,500 orang pelajar dan di tingkat atasnya dijadikan tempat penginapan dengan kapasiti 250 orang. Ia dilengkapi kemudahan selesa sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran kondusif,” katanya.\rBeliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka KAYM yang diadakan di kediamannya di Kota Warisan, Sepang, Selangor, baru-baru ini.\r\n\n\n\n Seramai 1,000 tetamu hadir termasuk kakitangan, pelajar, alumni, dan rakan kongsi KAYM. \rSaroni berkata, dengan menawarkan Cambridge English, Akademi Bahasa KAYM memberi jaminan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran itu mengikut standard global.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|