CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

BN Terengganu sasar kejayaan besar PRU-13

[Copy link]
Post time 2-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menguasai sekurang-kurangnya 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.\rPengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said, berkata keyakinan itu disandarkan kepada peningkatan sokongan rakyat terhadap usaha kerajaan dan perpaduan kukuh di kalangan ahli parti komponen semua peringkat. \r\n\n\n\n\r   Katanya, selain deposit kekal UMNO dengan 12 kerusi di tiga bahagian iaitu masing-masing empat di Besut, Setiu dan Kemaman, BN yakin dapat merampas kembali lima kerusi yang kini dikuasai PAS di Bukit Payung (Marang), Ladang dan Batu Buruk (Kuala Terengganu), Bukit Tunggal (Kuala Nerus)  serta  Manir (Hulu Terengganu).\r\r\n\n\n\n\n   “Sebahagian besar rakyat negeri ini (sekarang) sudah menyokong kerajaan dan penerimaan mereka semakin kukuh berikutan pelaksanaan pelbagai dasar yang memanfaatkan mereka terutama pemberian RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM),” katanya dalam pertemuan di sini, kelmarin. \rBN kini menguasai 24 DUN, manakala lapan lagi PAS. Dengan keyakinan UMNO merampas lima lagi kerusi yang dikuasai PAS, hanya tinggal tiga kerusi yang dilihat sebagai deposit PAS iaitu Rhu Rendang, Sura dan Wakaf Mempelam. \rSelain 32 kerusi DUN, ada lapan kerusi Parlimen di Terengganu, dua daripadanya Kuala Terengganu dan Marang dikuasai PAS dan Ahmad sendiri masih melihat kawasan berkenaan masih kritikal kepada BN sekarang. \rMengulas lanjut, Ahmad berkata, kekuatan BN yang ditunjangi UMNO semakin ketara kerana pertelagahan dalaman parti sebelum ini sebenarnya sudah tidak seteruk yang digambarkan. \r\n\n\n\r“Memang pada  peringkat awal saya akui ada sedikit pergolakan tetapi sekarang lebih 90 peratus sudah kembali kepada asal.\r“Malah, bersandarkan kekuatan parti sekarang, PAS sendiri sudah menurunkan jangkaan kemenangannya kepada 50:50,” katanya sambil menambah rumusan gerak kerja meraih kemenangan besar sebahagian besarnya dicernakan ketika Pemukiman UMNO Terengganu di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini. \rMengenai calon, Ahmad berkata, perkara itu belum diputuskan parti dan penilaian masih diteruskan dengan turut mengambil kira laporan daripada pelbagai agensi berkaitan. \r“Kriteria utama ia calon boleh menang, tua muda bukan ukuran,” katanya. \rDitanya adakah kemungkinan ada Menteri Besar baru seiring pelbagai khabar angin yang berlegar, Ahmad berkata, beliau tiada kasyaf untuk melihat masa depan tetapi tidak menolak kemungkinan khabar angin disebarkan kalangan yang  berhajatkan kedudukan itu dengan mencari jalan mudah melaga-lagakan pemimpin.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065243 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list