CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

2 beradik lemas jatuh sungai

[Copy link]
Post time 2-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
PASIR PUTEH: Tindakan berani seorang budak lelaki untuk menyelamatkan adiknya yang tergelincir dalam sungai berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua beradik itu lemas di Sungai Alor Pasir, di sini, petang semalam.Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohd Amirul Zulhaiqal Abd Rahim, 7, dari Taman Kobena di sini, tergelincir ke dalam sungai ketika berdiri di batu untuk membuang air kecil.\n\n\n\nTerkejut melihat adiknya terjatuh, Mohd Afeq Zulfikrie, 12, nekad terjun ke dalam sungai untuk  menyelamatkannya, namun gagal menyebabkan kedua-duanya lemas.\n\n\n\n\nAbang kedua-dua mangsa, Mohd Alif Zulhakimi, 14, turun terjun ke sungai apabila menyedari adiknya hilang, namun gagal menyelamatkan mereka kerana air sungai itu terlalu dalam.Malah, Mohd Alif Zulhakimi hampir lemas  tetapi sempat ditarik   rakannya yang dikenali sebagai Naim.“Saya terjun selepas melihat selipar biru adik di sungai dan tepi sungai. “Saya sedih  tidak dapat menyelamatkan mereka,” katanya yang sebak dengan tragedi itu. \n\n\nIbu bapa mangsa, Abd Rahim Mohamad, 38, dan Normah Mohd Rahim, 35, tidak dapat ditemu ramah kerana terlalu sedih.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Kaharuddin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 petang dan segera menghantar satu jentera dengan  enam anggota.Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, mayat Mohd Afeq Zulfikrie sudah ditemui datuk mangsa, Mohd Rahim Mohd Adam, 58, yang membantu gerakan mencari  mencari kanak-kanak itu.“Mayat Mohd Amirul Zulhaiqal  ditemui pasukan bomba pada jam 7.16 petang,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.139522 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list