CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Remaja menang PROTON Saga

[Copy link]
Post time 3-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar tak tersenarai minggu pertama raih hadiah utamaKUALA LUMPUR: Pemenang hadiah utama pertandingan Cabaran Laluan Berliku Berita Harian, Ahmad Ridzwan Bakhtiar Affendy, 18, tidak menyangka penyertaannya semata-mata untuk memenangi Ipad2 membuahkan hasil lebih lumayan dari dijangka.\n\n\n\n  Pembaca setia Berita Harian itu  membawa pulang hadiah utama sebuah kereta PROTON Saga FLX 1.3 transmisi manual bernilai RM37,000, mengakui hampir berputus asa selepas pemenang bagi minggu pertama diumumkan dan dirinya tidak tersenarai. \n\n\n\n\n  “Saya memang inginkan Ipad2 kerana akan melanjutkan pelajaran selepas ini, namun ayah sentiasa beri sokongan supaya jangan berputus asa dan menghantar borang penyertaan sehingga bertuah memenangi sebuah kereta.“Keluarga kami melanggan akhbar ini memandangkan ia padat dengan maklumat. Ayah sendiri adalah pembaca setia Berita Harian sejak beliau belum berkahwin lagi,” katanya selepas menerima hadiah yang disampaikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid di Balai Berita, semalam.Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali; Pengarang Eksekutif Berita, Norhayati Md Said ; Pengarang Eksekutif Rencana, Zainor Said dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah.Pada majlis sama, 40 pemenang hadiah mingguan turut sama menerima hadiah Ipad2 masing-masing.\n\n\nPertandingan berkenaan menerima sambutan hangat pembaca akhbar ini apabila menerima lebih 130,000 penyertaan selama empat minggu pertandingan dari 7 hingga 13 Disember tahun lalu bagi minggu pertama, 14 hingga 20 Disember (minggu kedua), 21 hingga 27 Disember (minggu ketiga) dan 28 Disember hingga 3 Januari 2012 (minggu akhir).Pemenang minggu ketiga yang membawa pulang Ipad2, Yee Jin Lan, 22, berkata selepas ini dia tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan anjuran Berita Harian.“Saya mula membaca akhbar ini sejak Tingkatan Lima bagi meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Melayu, dan ini kali pertama menyertai pertandingan dianjurkan Berita Harian,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.038872 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list