CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

IWK saman Yayasan Selangor

[Copy link]
Post time 3-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat tuntut bayaran perkhidmatan caj pembetungan RM851,792\rKUALA LUMPUR:  Syarikat pembetungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengemukakan saman terhadap Yayasan Selangor di Mahkamah Tinggi, menuntut bayaran perkhidmatan RM851,792. \r\n\n\n\n\rHakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 23 Februari ini untuk pengurusan kes dalam kamar semalam, dengan dihadiri peguam,  Sharen Rosli, mewakili IWK dan Nasrullah Anuar bagi pihak Yayasan Selangor.\r\r\n\n\n\n\nDalam pernyataan tuntutannya, IWK mendakwa Yayasan Selangor gagal membayar jumlah caj itu sehingga 31 Mei 2011 seperti dinyatakan dalam penyata akaun IWK bertarikh 16 Julai 2011.\rIWK mendakwa caj pembetungan yang perlu dibayar Yayasan Selangor adalah bagi perkhidmatan pembetungan jenis bersambung ke premis dan ditetapkan mengikut  jadual Kedua Peraturan 4(1)(b) Peraturan Caj.\rSyarikat itu mendakwa, perkhidmatan itu tidak diberikan  percuma dan defendan terikat membayar caj pembetungan seperti ditetapkan.\rSelain meminta pembayaran RM851,792.80, IWK menuntut faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.\r\n\n\n\rBagaimanapun, Yayasan Selangor dalam pernyataan pembelaan menafikan pihaknya menerima perkhidmatan IWK seperti didakwa.\rDefendan mendakwa tidak mempunyai pengetahuan mengenai penyata akaun bertarikh 16 Julai 2011 serta tidak menerima bil secara bulanan ataupun tahunan menunjukkan jumlah tertunggak.\rKatanya, jumlah dituntut IWK adalah salah, melampau dan tidak pernah dipersetujui pihak Yayasan Selangor. \rDefendan berkata, tuntutan itu salah mengikut undang-undang dan mahkamah perlu membatalkannya kerana had masa bagi sebahagian daripada tuntutan sudah luput.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049573 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list