CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Kolumnis didakwa hina Islam fail writ habeas corpus

[Copy link]
Post time 14-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, memfailkan writ habeas corpus supaya mahkamah memutuskan sama ada penahanan, penangkapan dan penghantaran pulangnya ke Arab Saudi adalah sah atau tidak. \rHamza Kashgari, 23, melalui peguamnya, Muhammad Afiq Mohamad Noor dan Murnie Hidayah Anuar, memfailkan writ habeas corpus itu  di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.\r\n\n\n\n\r  Penulis itu menamakan empat responden iaitu Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam permohonannya, Ham-za Kashgari memohon perintah habeas corpus dikeluarkan supaya dia dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan dan dibebaskan dengan serta-merta daripada tahanan responden.\rDia juga memohon perintah supaya tidak ditangkap atau ditahan semula selepas dibebaskan serta relif lain yang difikirkan patut diberikan mahkamah.\rRakan Hamza Kashgari, Asma’ Abdul Razak, 31, dalam afidavit sokongan difailkan bersama permohonan itu, berkata pada 4 Februari lalu, rakannya menghantar pesanan melalui Twitter sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun pada keesokannya dia memadam puisi itu dalam laman sosialnya.\rAsma’ berkata, pada 8 Februari, pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan waran tangkap terhadap rakannya atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan turut diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu, dan jika didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh. \r\n\n\n\rHamza Kashgari tiba di negara ini pada 7 Februari, dan dijadualkan menaiki penerbangan ke New Zealand, tetapi ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Februari lalu.\rMuhammad Afiq berkata, pihaknya mengetahui permohonan habeas corpus itu adalah akademik kerana anak guamnya sudah dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal, kelmarin, namun pihaknya memerlukan penjelasan dan arahan daripada mahkamah berhubung penahanan itu.\rDi RIYADH, Hamza Kashghari ditahan sebaik tiba di Riyadh, malam kelmarin selepas dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia.\rPemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengeluarkan arahan supaya Kashghari dibawa ke muka pengadilan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.399305 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list