CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Jangkitan akut gastroenteritis di Perak menurun

[Copy link]
Post time 14-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
TAPAH: Jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang dikesan di Perak sejak minggu lalu mencatatkan penurunan apabila 131 kes dikesan semalam berbanding 142 kes,  kelmarin.\rMenteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata secara keseluruhannya keadaan masih terkawal.\r\n\n\n\n\r   “Saya difahamkan jumlah kes sudah berkurangan. Saya berterima kasih kepada pihak hospital yang mengendalikan kes ini dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit yang dijangkiti AGE di Hospital Tapah di sini, semalam.\r\r\n\n\n\n\n   Katanya punca virus dikenali sebagai ‘Rotavirus’ yang menyebabkan jangkitan AGE sedang disiasat.\rSementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata 80 kes dikesan di Hilir Perak,  semalam, manakala 51 kes dikesan di Batang Padang.\rKatanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Hilir Perak setakat ini ialah 1,810 kes, manakala Batang Padang mencatatkan 1,007 kes.\rBeliau berkata, bilangan kes baru yang dimasukkan ke wad semalam ialah sebanyak sembilan kes, iaitu empat kes di Hilir Perak dan lima kes di Batang Padang.\r\n\n\n\r“Jumlah keseluruhan pesakit yang masih dirawat di hospital ialah 26 kes,” katanya.\rJumaat lalu, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak serta  Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes AGE.\rSementara itu,   mengulas mengenai 22 pelajar dan pensyarah kolej swasta yang positif penyakit Chikungunya selepas balik berkursus dari Pulau Pangkor,  baru-baru ini, Hang Soon berkata, jangkitan itu bukan berpunca dari pulau berkenaan berikutan tiada kes yang dilaporkan di kawasan itu.\r“Kemungkinan besar tidak ada kaitan dengan resort di Pulau Pangkor dan saya dimaklumkan bila mereka datang (ke Pulau Pangkor) mereka sudah ada gejala demam. Mungkin dapat (penyakit) itu dari tempat lain,” katanya. – BERNAMA\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 1.190042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list