CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6643|Reply: 11

[Edisi FloraFauna] Gajah Purba Mammoth Cuba Dihidupkan Semula

[Copy link]
Post time 17-3-2012 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Gajah Purba Mammoth Cuba Dihidupkan Semula.





Pasukan saintis Rusia dan Korea Selatan memeterai perjanjian bersama untuk mewujudkan semula gajah purba yang dikenali sebagai mammoth yang hidup sekitar 10,000 tahun dahulu.

Perjanjian bersama itu ditandatangani Timbalan Rektor Universiti Persekutuan Timur Laut Republik Sakha, Vasily Vasiliev dan pelopor teknologi pengklonan Korea Selatan, , Hwang Woo-Suk daripada Yayasan Penyelidikan Bioteknologi Sooam.


Saintis-saintis sel stem kini berminat untuk menghidupkan semula gajah tersebut selepas beberapa bangkai mamalia berkenaan ditemui di Siberia.


Mengulas mengenai projek tersebut, pihak yayasan itu menyatakan, ia akan bermula pada tahun ini jika Universiti Rusia itu dapat menghantar bangkai gajah tersebut. Institut Genom Beijing turut terlibat dalam projek itu.


“Misi pertama dan paling sukar adalah untuk memulihkan sel-sel gajah itu,” kata seorang penyelidik yayasan tersebut, Hwang In-Sung.


Rakan-rakan sekerjanya akan menyertai beberapa saintis Rusia untuk cuba menemui tisu gajah itu dengan gen yang masih baik. Para saintis itu akan menggantikan nukleus sel telur gajah biasa dengan sel gajah purba tersebut. Kaedah itu akan dapat menghasilkan embrio gajah purba. Embrio itu kemudian dimasukkan ke dalam rahim gajah betina sebelum dilahirkan sebagai anak gajah tersebut.







credit to suarapeople Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:28 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2012 02:07 PM | Show all posts
kalau berjaye boleh le tengok manny real mcm dlm crite ice age...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 12:36 AM | Show all posts
mgikot satu sumber dari pakar biokimia dari Pennsylvania State University ,Stephan Schuster dan dalam jurnal Nature terbaru mngatakan extrak DNA dari bulu atau rambot sesuaatu hewan purba/dinosaur adalah lebih mnyakin kn ~ kurang 80% smentara extrak tulang hewan tersebot yg dpt mnyediakn ~6% bntok DNA..mghidopkn hewan purba kala mungkin memakan 10~20 tahun dari skrg..apabila perkembangan teknologi kloning, sel induk, dan sejenisnyasemakin maju .
sos:Mammoth Hair Yields Ancient DNA, Study Says

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 08:15 PM | Show all posts
manusia blh mmberi nyawa ke???.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 11:18 PM | Show all posts
sekarang nak hidupkan gajah mammoth.. esok2 entah ape pulak yg nak dihidupkan semula.. dinosour? firaun? elves presley? huu seram aku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 11:00 AM | Show all posts
.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2012 11:53 AM | Show all posts
.....
galaxie83 Post at 19-3-2012 11:00


jangan bg posting ngan smiley je tau...

kt thread borak saje boleh buat camni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 11:58 AM | Show all posts
ok... thanks untuk teguran.... sorry i'allah try tak buat lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 03:43 PM | Show all posts
OMG! kalau berjaya maknanya ada peluang utk hidupkan kembali haiwan purba yang lain? what about human being? orang perak for example? atau keturunan/ anak firaun? o..this is so scary!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:11 PM | Show all posts
macam2 hal dunia sekarang...heee
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:52 PM | Show all posts
very interesting.. pasni jgn hidupkan dinosaur sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 07:53 PM | Show all posts
Wah!!! mmg best tu... Tak sabar nak tgk real life mammoth... huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.157807 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list