View: 14977|Reply: 10
|
MISTERI POTRET MONALISA
[Copy link]
|
|
Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo DaVinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahunyang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskanmisteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yangmempunyai senyuman yang menawan itu.
Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkanseorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap kearah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu samalain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkanperalatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikutcorak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.
Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknyaketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itumenyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini,selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasanketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dariseluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yangpenuh dengan misteri dan enigma itu.
Misteri Potret Monalisa
Identiti Monalisa itu sendiri.
Riak wajah Monalisa.
Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjungtidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat darisudut berlainan.
Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauanpenyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan maknasenyuman tersebut.
Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji denganteliti untuk membongkar rahsia Monalisa.
Teori MengenaiMonalisa
Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yangmerupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. MonaLisa bermaksud Madam Lisa.
Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teoribahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenalisebagai Caterina.
Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajahMona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya iaberdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknikmelukis wajah seseorang.
Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr LillianSchwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajahLeonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartzmenggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentukkedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa
Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari MuziumLouvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorangpekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan laguberlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem danpelbagai sastera serta seni kreatif lain.
Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepaskematian Leonardo.
Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda.
Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasamemandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.
Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudutpandangan berbeza.
Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnyaterurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggahdengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala danhanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebasterurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopansantun.
Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yangmelewati masa semakin lama semakin membimbangkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TT letak la gambar monalisa tu buat penyeri benang... |
|
|
|
|
|
|
|
cantik ke monalisa ni?=.= |
|
|
|
|
|
|
|
utk tatapan semua yg x kenal lg monalisa nih...
mmg genius pelukis dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
my friends citer kwn dier pelukis g perancis ...dpt tgok potret yg sebenar....x besar kecik jew...mmg mater die akan mcm tgok kiter wlupon tgok dr sudut yg berlainan...mcm 3d gitu..... n mcm2 g my friends citer tapi lupe ..... ttg nisbah yg digunakan.... sbb x minat sgt... tapi terpaksa dgr sbb kwn dier dh excited citer xkn x mooo dgr.... |
|
|
|
|
|
|
|
potret ni yg sebenar yg disimpan dlm muzium lebihkurang size A5...pernah dicuri suatu ketika dulu ...ni kwn dier tgok yg real punyer....bkn yg tipu2 gantung kt dinding...mybe diorg wat copy...bg jgn ilang g.....sbb kwn dier ader wat kajian ttg potret monalisa......... |
|
|
|
|
|
|
|
leonardo lupa nak lukis kening ke |
|
|
|
|
|
|
|
ooo kecik aje...pelukis ni dah lame da tau teknik 3D agaknyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat cerita mr bean |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu sampai skg...kenapa lukisan ini tak ada eyebrow???
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat lagu kumpulan wings - monalisa |
|
|
|
|
|
|
| |
|