Kisah yg akan saya ceritakan kali nie adalah cerita daripada sepupu saya Hakimi. cerita ini berlaku kepada Warden di asrama lelaki.
ceritanya bermula apabila warden yang ditugaskan membuat rondaan pergi memeriksa keadaan tempat samada di cafe,taman, bilik menonton dan sebagainya bagi mengelak pelajar melepak dan melakukan aktiviti yg dianggap membuang masa.
Pada suatu malam kira2 jam pukul 3pagi, warden nie pun pergi la melawat tapak. semua kawasan telah dia pantau dan semua keadaan baik.
semasa warden tersebut melalui bilik menonton TV, eliau terdengar bunyi Tv pasang dengan kuat. beliau pun masuk la ke dalam bilik tersebut.
beliau lihat ada seorang pelajar lelaki sedang menonton Tv. lalu Warden tu pun menegur pelajar tersebut supaya menutup TV dan pergi tido
tetapi pelajar tersebut tidak mempedulikan arahan warden tu. dengan hati yg sakit warden tu pun pergi dekat dengan pelajar tu dengan niat untuk memarahi pelajar tersebut tetapi apabila warden 2 berada di hadapan pelajar tersebut, beliau terkejut melihat pelajar itu tidak berwajah.
Terkejut dengan hal tersebut,warden itu dengan penuh semangat terus pergi meninggalkan bilik tersebut. Keesokan hari kecoh asrama lelaki
dengan cerita warden terjumpa hantu di bilik menonton. apa lagi selepas kejadian tu, tiada pelajar yang berani untuk pergi menonton TV pada
waktu tengah malam.TAMAT.