CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13436|Reply: 18

Doa Elak Kena Pukau

[Copy link]
Post time 16-2-2013 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Sihir pukau keatas mangsa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepada si pemukau tanpa paksaan.

Mangsa hanya akan sedar selepas si pemukau menghilangkan diri bersama wang dan barang kemas. Cara pukau melalui mata ke mata atau ditepuk dibelakang bahu mangsa.

Kepada wanita yang terkena sihir pukau, walaupun habis semua wang dan barang kemas diserahkan kepada sipemukau tetapi masih lagi bernasib baik kerana tidak kehilangan barang yang berharga iaitu maruah anda. Amalkan sebelum terlambat.

Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari:

1.Baca doa berikut:


“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.

Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.

Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda,
‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”

Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya):

“Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.

Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.

Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)

Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.

Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.

Walahu a’lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 03:53 PM | Show all posts
thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:54 PM | Show all posts
tq tt...sangat bergune...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 04:23 AM | Show all posts
tq..boeh diamalkan, insyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 10:34 AM | Show all posts
tq for sharing TT.. akan diamalkan Insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 03:40 PM | Show all posts
alhamdulillah...
boleh saya amalkan...
terima kasih TT...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2013 08:58 PM | Show all posts
@AdamBillionaire Do you approve?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:13 PM | Show all posts
ayat pertama tu aku selalu amalkan baca setiap kali sembahyang lima waktu sebagai pelindung diri dari sebarang kejahatan atau ...termasuk lah rumah dimasuk pencuri. Dalam zikir mathurat pun ada ayat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 10:22 PM | Show all posts
zarulnazmi posted on 19-2-2013 08:58 PM
@AdamBillionaire Do you approve?

bro? cm perli je? ni kan dari rasulullah? sape lah aq nak lawan rasulullah? tak de guna bantuan jin pun? tak de sekutukan ALLAH?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 10:26 PM | Show all posts
doa2 ni dan lain2 lg mmg berkesan. sebab  amalan pemukau? contohnye tengok mata mangsa? pegang tangan mangsa? hanya sebagai amalan untuk menyuruh jin memukau. sekiranye pemukau tak buat amalan tu? jin noty ni takkan pukau mangsanye.. jd bila di baca ayat suci al quran?  jin noty ni tak mampu nak pukau dengan izin ALLAH..

kalau pukau guna asap rokok tu? ada bahan kimia dalam asap rokok. sebab masa adam kt muadzam shah. ada satu bank, staf dia kena pukau dengan asap rokok.. perokok tu simpan asap dalam mulut dan hembus pada staf.. kalau mcm tu belajar lah KIMIA cara nak elakkan bahan kimia dari kena pukau. adam tak pandai kimia.. jd tak tahu nak komen bahan2 utk buat pukau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 10:27 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 19-2-2013 10:22 PM
bro? cm perli je? ni kan dari rasulullah? sape lah aq nak lawan rasulullah? tak de guna bantuan ji ...

No. Of course not.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 02:23 AM | Show all posts
zarulnazmi posted on 19-2-2013 10:27 PM
No. Of course not.

Ni buah cari pasal
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 08:26 AM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:19 AM | Show all posts
ayat no.1 tu dari malam tadi sampai pagi ni dok t'ngiang2 dalam kepala otak.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 03:50 PM | Show all posts
Ada juga kes orang memukau perempuan dan keluarga perempuan tersebut untuk tujuan mengahwini perempuan tersebut. Hantaran kawen juga dapat dijimatkan dengan kaedah pukau.

Soalan saya bagi yang sudi menjawab : Apakah sah perkahwinan dengan cara pukau?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
AdamBillionaire posted on 19-2-2013 10:26 PM
doa2 ni dan lain2 lg mmg berkesan. sebab  amalan pemukau? contohnye tengok mata mangsa? pegang tanga ...

Pukau nie byk jenis bro....
Ade yg melalui pandang mata,sentuhan,makanan,asap,tabur pasir/tanah..dan lain2 yg seangkatan mengikut ilmuan masing le(perjanjian jinn sebenarnya)..

Pukau ni adalah ilmu/amalan yg melibatkan jinn setan dlm menjayakan rancangan tersebut..
Bro kata tadi asap rokok=kimia...lawan pun kena pakai kimia... Masalahnye pukau mengunakan asap rokok(kimia) ade disertakan jinn sekali... Memadai la mintak perlindungan dari pada NYA... Nie bukan santau, santau ada 2..melibatkan jinn dan tidak melibatkan langsung..tue kena bukak bab santau pulak...heheheheheeee...

ALLAHua'lam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2013 10:40 PM | Show all posts
tq tt sbb sudi berkongsi..

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 06:53 AM | Show all posts
zarulnazmi posted on 19-2-2013 08:58 PM
@AdamBillionaire Do you approve?

urm.. pukau.. minta dijauhkan.. wallahuallam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 06:34 PM | Show all posts
thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053288 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list