BAHAGIAN 3
MUAZ leka merenung wajah Raihan yang sedang ralit membaca buku. Salah satu sebab kenapa dia suka melepak di perpustakaan adalah kerana gadis itu berada disitu selain minatnya juga membaca. Langkahnya perlahan-lahan menghampiri Raihan. Terasa ada semangat baru untuk menghampiri gadis pujaannya itu. Bukan dia tidak mahu mendekati gadis itu selama ini tapi semacam ada kuasa yang ingin menghalangnya. Malu?? Ishh... simpang 44 malaikat dia tak ada langsung perasaan tahu malu. Setuju sangatlah pendapat Shukri tempoh hari. “Hai!” Terus dia mendapatkan tempat dihadapan Raihan. Raihan tampak terkejut hanya menggangguk dan terus menunduk. Buat-buat membaca padahal hati dipalu dengan dengupan jantung yang kencang. Semua ini Shida punya pasallah! Kutuk Raihan walhal dia tahu temannya itu tidak ada kena mengena langsung. “Buat apa tu?” Raihan menjeling. Kita tengah baca bukulah awak! Jerit Raihan didalam hati. Mulutnya terkunci. “Kita ni nama aje teman sekuliah tapi tak pernah borak-borak pun apatah lagi bertanya khabar. Eh, awak sihat?” Raihan diam. “Saya rasa awak sihat kot. Diam tu sihatlah tu. Awak baca buku apa? Share la ilmu dengan saya. Saya ni budak tak pandai macam awak jadi saya nak menuntut ilmu dari awaklah ni. Awak, hari tu saya pergi dewan tengok pertandingan debat saya tengok ada awak sekali wakil kelas kita. Saya sangat impress dengan awak yela diam-diam berisi tak macam saya ni terlalu mesra alam pastu isi zero.” Sengaja Muaz memancing perhatian gadis itu tapi Raihan hanya membeku. Matanya mencuri-curi memandang wajah kemerahan Raihan. Bagaikan terkena panahan asmara Raihana makin menundukkan kepalanya. Malu melihat renungan seakan menggodannya. Muaz senyum-senyum melihat kelakuan Raihan. Serasanya lagi 3 inci gadis itu mahu mencium meja. Alahai Raihanku, daripada awak cium meja alangkah baiknya awak cium pipi saya mulus lagi lembut ini. Pasti malam-malam Abang menjadi lebih lena Muaz menahan tertawa dengan telapak tangan. Lucu dengan angan nakalnya. “Er...” Bagaikan renjatan elektrik Muaz mendengar suara dari mungil Raihan. Tak lena malam ini tidurku lagi desis hati Muaz sambil menghadiahkan senyuman paling manis pada Raihana. Raihan sedikit teragak-agak memantulkan suara kepada Muaz. Sudahlah Muaz ralit memandangnya seperti mahu menerkamnya inikan lagi melihat senyuman Muaz persis lelaki miang. Terkebil-kebil Muaz memandang Raihan. Berharap Raihan mahu memulakan bicara. Kalau betullah Raihan sudah sudi berkawan dengannya maka makan besarlah Shukri malam ini. Muaz tersenyum lagi. “Sebenarnya...” Muka Raihan memerah. Dia mahu nyatakan sesuatu tetapi melihat kelakuan Muaz membuatkan hatinya berdolak –dalih. “Hmm....?” Muaz menongkat dagu. Ada sinaran dimata Muaz. “Awak terpijak kaki saya!” Senafas Raihan memberitahu sambil menutup mata. Terkejut mendengar, Muaz cepat-cepat memandang bawah meja sambil melarikan kaki kanannya yang memijak kaki kiri Raihan. Patutlah empuk semacam je kaki kanan aku rupanya mendarat pada kaki Raihanku. Muaz berdehem. “Sorry! Saya tak sengaja.” Muaz membetulkan posisi tempat duduknya sambil berlagak tidak tahu apa-apa sambil tangannya meraba-raba sesuatu dimeja. Alamak! Mana buku aku ni. “Hahaha...” Halus suara Raihan mentertawakan Muaz. Kelakar melihat kelakuan tidak tertentu arah Muaz yang sedaya upaya cuba nampak cool. Muaz yang pada mulanya tersipu malu mula mengikut rentak Raihan ketawa. Hinggakan menarik perhatian orang sekeliling mereka yang sudah mula tersenyum-tersenyum melihat telatah mereka. “Muaz ni kelakarlah, kalau ya pun nak minta ilmu dari saya janganlah pijak kaki saya terkedu sekejap saya.” Raihan berselindung disebalik senyuman padahal dia terkedu melihat renungan dan senyuman Muaz sebentar tadi. “Saya mungkin terkedu sekejap melihat awak sampaikan terpijak kaki awak.” Laju sahaja Muaz meluncur ayat. Raihan mula menghantar pandangan tidak selesa. Muaz seakan faham dengan pandangan Raihan mula mencari idea berbicara dengan gadis pujaan hatinya itu. “Maksud saya, saya terkedu melihat awak sebab semester lepas awakkan dekan. So, saya ada fikir dua tiga kali juga nak minta khidmat nasihat awak mengenai modul semester ni. Iyalah, awakkan tak begitu bergaul dengan lelaki tapi saya memberanikan diri juga atas saranan kawan-kawan sekuliah. Belum cuba belum tahu bukan.” Muaz tersenyum. Alasan sudah tercipta. Terpamer wajah kelegaan diraut wajah Raihan. “Boleh sahaja, tiada masalah kalau nak saya membantu setakat mana yang saya boleh tolong lagipun....” Belum sempat Raihan menghabiskan bicaranya tiba-tiba susuk tubuh Liana sudah berada dihadapan mereka. Berubah wajah Muaz. Alamak! Potong stim betul. “Muaz, puas I cari you.” Lembut suara Liana menegur dengan wajah pucat. “Kenapa?” Muaz terkesan wajah pucat Liana mula tidak sedap hati. “Awak okey tak?” Tanya Muaz dengan sedikit kebimbangan. Raihan yang memerhati mula dipagut kerisauan dengan teman sekuliahnya itu. Walaupun jarang bertegur tetapi Liana tetap kawannya juga. “Badan I rasa tak sedaplah. I tak tahu nak minta tolong siapa hantarkan I ke klinik. Nak minta tolong Zara, dia punya kereta masuk workshop.” Sayu pandangan Liana. “Ok-ok, jom saya hantarkan awak.” Muaz bergegas bangun. Matanya memberi isyarat kepada Raihan. Mengerti dengan isyarat itu Raihan terus menawarkankan diri untuk menemani Liana tetapi ditolak dengan alasan ditemani Zara. Ada garisan kehampaan diwajah Muaz namun ditutupi dengan senyuman lelaki itu. Raihan memerhati mereka berlalu ditemani dengan jelingan amaran Liana. Raihan mengeluh. Mengerti dia dengan amaran itu.
RAIHAN menongkat dagu sambil mengeluh. Dia tidak gemar mencari pasal dengan siapa-siapa mahupun musuh sama sekali namun perkara yang berlaku pada pagi tadi cukup mengisytiharkn perang antara dia dan Liana. Dia perasaaan sejak kebelakangan ini, Liana cuba menyakitkan hatinya dengan perlian dan sindiran pedas yang sememang ditujukan kepadanya walaupun keadaaan bergurau namun dia tahu Liana memang maksudkan dengan kata-katanya itu. “Assalamualaikum!” Semangat betul Muaz memberi salam. Terpacar wajah keriangan di wajah lelaki itu seperti mendapat durian runtuh. Raihan menjawab salam didalam hati. Wajah mula berbahang. “Shukri dan Shida belum sampai lagi?” Tanya Muaz sekadar berbasi-basi. Dia mengambil tempat dihadapan Raihana dan mengeluarkan laptop. “Mereka pergi ke kafe sekejap beli kuih-muih.” Perlahan suara Raihan. Tangannya ralit mencatit sesuatu. Suasana sepi. Raihan dengan bukunya manakala Muaz leka dengan laptopnya yang sibuk mencari maklumat perbentangan untuk kumpulan mereka. Muaz mula tersengih sendiri mengingatkan kejadian yang terjadi pada pagi tadi. “Fulamak!” Jerit Shukri sambil berlari-lari anak menuju ke arah Muaz yang berdiri dihadapan pentas kuliah yang menanti kedatangan anak buahnya. “Apesal? Kau satu group dengan aku ke?” Sengih Muaz. Puas hatinya kalau betullah Shukri satu kumpulan dengannya. Senanglah sedikit melakukan kerja kerana mereka teman sebilik. Joey dan Azlan yang tidak jauh dari Muaz mula menunjukkan wajah tidak puas hati kerana tidak satu kumpulan dengan Muaz Shukri mengangguk wajah laju-laju. “Kali ni, aku betul-betul puas hati dengan cara En. Erman tentukan ahli kumpulan. Adil dan saksama bos!” Shukri menunjukan isyarat bagus dan perlahan-lahan berbisik ditelinga Muaz. “Bos, hari ini kau makan besar!” Terbuntang mata Muaz. “Maksud kau?” Kalau si Liana satu kumpulan lagi dengan dia memang bala bencana akan tiba. “Cuba kau tengok sebelah kiri kau.” Shukri mengangkat kening. Muaz melopong bagaikan terkena panahan asmara. Matanya tertancap kepada seseorang yang sedang menuju ke arahnya. “Apa kau nampak?” Sengit-sengit Shukri senyum. Sudah.... dah datang penyakit dia. Muaz memegang dadanya. Bimbang hatinya terlompat keluar. “Aku nampak tulang rusuk kiriku.” Terhuyung-hayang badan Muaz. Nasib baik Shukri berpaut pada bahunya kalau tak selamat menyembah bumi. “Hoi! Dah parah penyakit kau ni. Ni bukan mabuk kepayan dah ni tapi dah mabuk asmara. Matilah aku malam ni melayan cerita hindustan dari kau.” Bebel Shukri. Tanpa disedari Liana mendengar dengan perasaan meluap cemburu. Melihat sahaja Raihan makin menghampiri Muaz sengaja dia berjalan dengan laju dan melanggar Raihan. Hampir-hampir sahaja Raihan tumbang namun cepat-cepat dia menstabilkan dirinya. Raihan beristighfar. “Opss...sorry.” Liana berlalu dengan perasaan yang angkuh. “Mak ai! Elok sangatlah buat muka camtu.” Shida memandang langkah Liana tidak puas hati. “Nasib baik awak tak jatuh.” Tegur Shukri cepat-cepat. Muaz menjeling Shukri yang memotong percakapannya. Shukri mengenyit mata ke arah Muaz. Sengaja nak mengusik “Takde apa-apalah. Anyway, shall we?”
RAIHAN menghadiahkan senyuman kepada Muaz apabila pandangan mereka bersatu didalam bilik kuliah. Sejak mereka kerja berkumpulan, hubungan mereka semakin akrab sebagai seorang sahabat. Tiada lagi sifat segan dan kekok apabila berbicara dengan Muaz. Muaz yang dikenali seorang yang periang dan murah dengan senyuman membuat dia senang berkawan dengan lelaki itu. Namun kadangkala renungan Muaz membuat jiwa wanita mula tergugat dengan perasaan ‘itu’. Tipulah hatinya tidak berdebar-debar apabila mereka saling bertatapan. Ya Allah! Benarkah perasaan ini padanya? Raihan memandang belakang lelaki yang tidak jauh darinya dengan lembut. Seperti ada seseorang mencuit bahunya pantas Raihan memandang belakang. Adli menghulur secebis kertas berwarna putih lalu disambut dengan pandangan semacam Raihan. Belum pernah mana-mana lelaki memperlakukannya sebegitu. Adli yang menyedari tingkah Raihan memohon maaf. MEET ME AT CAFE AFTER FINISHED THIS CLASS -LIANA Zupp! Berpalu debaran didada Raihan. |