View: 3601|Reply: 11
|
CERPEN : SELAMAT TINGGAL DUNIA………….
[Copy link]
|
|
SELAMAT TINGGAL DUNIA………….
“Haji………….abang nak tanya pasal haji….kalau kita banyak hutang,camna kita nak pi haji?”
Sapa Norizan pada satu petang….Ustaz Kamus yang biasa dipanggil Haji menjawab “Kita ni berniaga bang…sampai mati pun tak habis hutang….Jika ada rezeki,pergilah bang…Hutang kita boleh dibayar….Sekarang mana ada orang tak berhutang?semua berhutang..makan gaji pun berhutang….”
Norizan termanggu-manggu dengan jawapan Ustaz Kamus…setelah diberikan buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman oleh Ustaz Kamus,Norizan semakin memahami ilmu agama…sebagai bekas askar yang tidak mempunyai pendidikan agama tinggi,Norizan hanya menambahkan ilmu melalui buku-buku agama selain hadir kuliah di masjid dan surau ..
Sejak jam 8 pagi Norizan membuka premis perniagaan…dibantu oleh dua pekerja yang komited.Itulah rutin Norizan sejak pencen askar…Pelbagai jenis peralatan dan mesin dibaiki.Semakin lama semakin bertambah banyak…Kerja yang cepat dan pantas menjadikan bisnes Norizan semakin maju.
“Yang..kita dah ada dua rumah…..lepas ni nak beli rumah ketiga…..abang serba salah yang….haji belum pergi lagi…”ujar Norizan satu malam.
“Ala………….abang ni muda lagi……………..baru 52 tahun…”balas isterinya Milah.
Norizan membelek-belek buku Tabung Haji.Ada lima ribu ringggit.Jika ditambah lima ribu lagi,sudah cukup untuk pergi haji…
Sejak tahun lepas Norizan asyik terfikirkan mengenai ibadat haji…Ramai kawan-kawan geng askar dulu dah meninggal dunia…Ramai yang kaya raya namun meninggal dunia dan belum sempat menunaikan haji.
Last edited by GuaAnakMelaka on 11-6-2013 04:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Encik..jika duit akaun saya dah genap 10 ribu,bila saya dapat pergi haji?” Norizan bertanya pegawai Tabung Haji .
“Jika ikut usia Encik,lagi 15 tahun …”jawab pegawai tersebut…
terperanjat Norizan……
“Mengapa lama sangat?”balas Norizan.
“Jumlah yang mendaftar pergi haji usia 70 dan 80 tahun ramai Encik..kita dahulukan mereka yang tua
dahulu..”balas pegawai tersebut.
Norizan mencongak-congak..Usianya sekarang sudah 52 tahun…selepas 15 tahun,sudah 67 tahun…
Norizan tanpa berfikir panjang,terus memasukkan 5 ribu lagi dalam akaun Tabung Haji dan genaplah 10
ribu…
“Terima kasih………….”sapa pegawai sambil tersenyum.Norizan keluar dari pejabat Tabung Haji dan berdoa “Ya Allah…sampaikan niatku untuk menunaikan fardhu haji…”
Air matanya bergenang ketika memandu pulang……………
“Abang pergi mana tadi?”tanya Milah sambil menuang air kopi kegemaran suaminya.
“Abang pergi Tabung Haji..masukkan duit..dah cukup untuk pergi haji…”balas Norizan.
“Kan hari tu abang cakap nak beli rumah satu lagi di Nilai?”balas isterinya
“Tak jadi la…..abang ingat nak pergi haji…duit dah penuh pun kena tunggu 15 tahun…”Jawab Norizan sambil memasukkan cekodok yang digoreng isterinya..
“Hah?15 tahun…..?kenapa lambat sangat?”tanya isterinya kehairanan.
“Kita ni muda..Tabung Haji dahulukan yang lebih tua……..”jawab Norizan.
“hehe..muda bang….abang tu dah 52 tahun………..”balas Milah sambil tersengih…
“Ustaz……..”sapa Norizan.
“Tak payahlah panggil ustaz..panggil haji je…”balas Haji Kamus.
“kenapa nama ustaz Kamus?”
“haha…..nama saya Kamus?kamus tu gelaran je bang..masa saya kat Universiti,saya suka hafal kamus arab…”
“oooooo…………………………”balas Norizan.
“Nama saya Saat bin Minit..hehe……”jawab Ustaz Kamus.
Norizan terbahak-bahak ketawa…
Norizan dan Ustaz Kamus amat rapat.Mereka suka berjenaka dan berbual-bual.Norizan suka
bercerita mengenai pengalamannya di negara Afrika ketika menjadi askar,Ustaz Kamus pula bercerita
kenangan semasa belajar di Universiti islam Madinah …
Norizan banyak belajar agama dari Ustaz Kamus.Nasihat-nasihat agama yang diberikan banyak mengubah jiwa Norizan.
“Ji..masa kau belajar Madinah panas tak?”tanya Noriozan.
“panas bang……….”Ustaz kamus menjawab.
“Abang dulu pun kena kerja kat Somalia,Rwanda……panas terik betul………Malaysia juga best…”balas Norizan.
Norizan membaiki penghawa dingin sebuah kereta sambil mulutnya berceloteh….
“Bang..bang..telefon..”jerit Aisyah ,isteri Ustaz Kamus.
“Ishhh…aku baru nak berborak,ada pula orang telefon..”keluh Ustaz Kamus sambil mencebik ke arah isterinya.
Ustaz Kamus lulusan Madinah namun tidak suka bekerja makan gaji..sejak 20 tahun lampau,beliau
berniaga…Bila terluang ,Ustaz Kamus akan mengajar di surau Raudah.Ustaz Kamus teringat sindiran
Norizan.
Suatu petang Norizan menegur .
“Ji..kau ni ilmu banyak..pi la masjid,surau ..mengajar....jangan simpan ilmu dalam kepala..”
Ustaz Kamus hanya tersengih.
“Bukan tak nak bang..tapi tiada tauliah..”balas Ustaz Kamus.
“ Ala kau ni alasan je..pi la ambik..ustaz rock nie…”kata Norizan berjenaka…
“Tengoklah bang…kalau ada masa,saya pergilah ambil tauliah..”balas Ustaz Kamus acuh tak acuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa bulan kemudian..
“Wah..aku dengar kau dah mengajar surau..”sapa Norizan.
“ya bang…..baru dapat tauliah..”balas Ustaz Kamus.
“ha..macam tu la ustaz rock………..rock-rock juga!jangan lupa sebarkan ilmu….”Norizan mencebik…
Ustaz Kamus hanya ketawa kecil…
Ustaz Kamus amat sibuk kebelakangan ini.Pelbagai jemputan dan projek bisnes dijalankan di Melaka,Kuala Lumpur,Kelantan,Johor dan sebagainya.Berbulan-bulan lamanya tidak menjengah temannya Norizan..
Suatu hari Norizan menyapa temannya Ustaz Kamus.
“Lama tak nampak?”
“Sibuk bang..cari wang…..”balas Ustaz Kamus.
Norizan menyusun pelbagai barang-barang elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk sambil dibantu dua pekerjanya.Ustaz Kamus mahu membantu tapi dilarang Norizan…
“Kau ni ji………………tak payah tolong aku…”kata Norizan.
“tolong menolong kan dapat pahala…”balas Ustaz Kamus.
Norizan menutup premis jam 7 malam dan terus pulang ke rumah.Selepas mandi dan solat Maghrib,Norizan mengaji Quran .Selepas mengaji makan malam bersama keluarga.
“Banyak abang makan malam ni..”sapa isterinya Milah.
“Sedap….ikan masak lemak ni memang umppphhh…………”balas Norizan sambil menguyah .
Selepas makan malam,Norizan membantu isterinya membasuh pinggan mangkuk.Itulah rutinnya sejak berkahwin hinggalah mempunyai anak 5 orang.
“Beruntung Milah dapat suami macam abang..rajin tolong Milah..”kata isterinya.
“Siapa tak sayang bini ..”balas Norizan.
Selepas solat Subuh,Norizan keluar rumah menghantar anak bongsunya ke sekolah rendah.Selepas itu Norizan membaca akhbar dalam kereta…kemudian membuka premis.Pekerjanya belum lagi sampai.
“Panjang..kau tolong repair mesin basuh nie…tuan dia nak cepat.Abang nak pergi Gemas..”ujar Norizan kepada pekerjanya yang digelar Panjang kerana amat tinggi.
“Baik boss…”balas Panjang.
Norizan memandu van diikuti seorang lagi pekerja yang digelar Black.Sampai sahaja rumah pelanggan,Norizan terus mengangkat peti sejuk yang rosak ke atas van untuk dibawa ke kedainya.
“Maak ai..beratnya..”keluh Black.
“Memang la berat..ni peti sejuk 3 pintu…”balas Norizan.
Black mengerut dahi sebab terlampau berat..
“Ini macam kalau hari-hari boleh patah pinggang boss…”Black mengeluh.
“hahaa….kau ni muda-muda dah sakit pinggang ke?Abang ni dah belas-belas tahun buat keje ni..”balas Norizan.
"Boss....tak boleh la boss...kipas dia tak boleh pusing.."ujar Panjang bila taukenya muncul di kedai.
“Kau pusing je la pakai tangan kau.."gurau Norizan...
Panjang tergelak-gelak ...
Itulah Norizan..seorang majikan yang suka bergurau senda dengan pekerja-pekerjanya.Tidak pernah meninggi diri atau sombong.Pekerja dilayan seperti keluarga.
Norizan membelek-belek buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman yang dihadiahkan Ustaz Kamus.
“Solat lima waktu dah buat..zakat dah bayar….tinggal haji je…Jika aku tunaikan fardhu haji,dah cukup semua rukun Islam aku buat…”Norizan mengeluh dalam hati.
Dibelek-belek buku tersebut satu persatu….Semakin lama semakin syok membaca buku.Fikirannat terimbau kata-kata Ustaz Kamus.
“Bang……..gas aircond ,peti sejuk ni bahaya..pakai la penutup muka..”kata Ustaz Kamus.
“Ala…panaslah ji………………….”jawab Norizan.
“kalau nak mati,mati juga…”sambung Norizan.
Ustaz Kamus hanya diam….
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada satu petang………………….
“Apa la kau ni Ji…benda kecik pun nak besar-besarkan..”ujar Norizan.
“Benda kecik?saya kena tuduh tampar anak orang sampai naik Mahkamah..abang kata benda kecik?”Ustaz Kamus meninggikan suara..
“Kalau abang kena tuduh ,bagaimana?”bentak lagi Ustaz Kamus.Norizan hanya berdiam diri melihat temannya naik angin…
Norizan tidak mahu memanjangkan perbualan dan terus melakukan kerja rutinnya.
Selepas itu Ustaz Kamus menjauhkan diri dari Norizan.Dia amat kecewa…Berbulan-bulan lamanya Ustaz Kamus tidak menemui Norizan…Kesibukan tugas di Melaka dan lain-lain tempat menyebabkan mereka tidak bertemu…
“Abang….napa tak bertegur sapa dengan Bang Norizan?”tanya isteri Ustaz Kamus satu petang.Ustaz Kamus tidak menjawab..hanya matanya bergenang….
“Biarlah manusia nak cakap apa pun cakaplah..yang penting Allah sayang abang..”balas Ustaz Kamus sambil mematikan perbualan.
“Datok..saya memang nak saman cikgu-cikgu hawau…saya sanggup buang 30 ribu bayar peguam pun tidak mengapa..”Ujar Ustaz Kamus sambil membeliakkan biji mata…..
“Sabar Haji …..Fauzi..kau tolong tengok-tengokkan Haji Saat ni..”ujar Datok Ahmad Maslan di pejabatnya.Setiausaha Sulitnya Fauzi ,hanya diam mendengar.
“Haji….kalau Haji saman sekolah,saman guru,saman Kementerian..ia akan menjadi isu besar dan mendapat publisiti meluas….sabar la Haji….Berdamailah…”pujuk Datok.
Ustaz Kamus amat marah….
“Kamu pergilah jumpa Shamsuri..dia pegawai Menteri Pendidikan….”pujuk Datok Ahmad.
Datok Ahmad pun menyuruh pemandunya menghantar Ustaz Kamus ke Kementerian Pendidikan.
“saya doakan semua selesai dengan baik………”sms dari Datok Ahmad ketika Ustaz Kamus berada di pejabat Kementerian Pendidikan.
“Saya akan tarik semua repot polis dan tidak akan saman..tapi saya tidak maafkan semua yang terlibat sampai kiamat!Biar semua yang terlibat masuk Neraka Jahanam!!!”bentak Ustaz Kamus.Pegawai Kementerian terkejut dengan bentakan Ustaz Kamus.
Ustaz Kamus pulang ke rumah bersama isteri dan anak-anaknya…Air matanya merembes…Fikirannya menerawang …
“Terima kasih Tuan Haji…”ujar Cikgu Rahmah
“Sama-sama….”balas Ustaz Kamus.
Ustaz Kamus adalah dermawan.Dihadiahkan buku-buku kepada perpustakaan sekolah ,disumbangkan pakaian kepada anak-anak yatim dan miskin .Namun…
“Celaka punya cikgu…rupa-rupanya dia master plan memalukan aku…..buat fitnah bukan-bukan..”jerit Ustaz Kamus di depan rumahnya…
“Sabar bang….sabar..mereka yang jahat nanti pasti masuk Neraka..dunia kita kalah,akhirat kita menang!”pujuk isterinya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua bulan kemudian..
“Bang…..tolong hantar saya ke Mahkamah..”sapa Ustaz Kamus.
“Boleh..jom..”balas Norizan.Norizan terus memecut kereta Perdana miliknya.
Ustaz Kamus menghulurkan RM20 kepada Norizan…
“Eh..banyak nie….”kata Norizan.
“Sedekah la bang…terima kasih bang…”balas Ustaz Kamus.Norizan memandu pulang ke premis.
“Kamu dibebaskan tapi tidak dilepaskan..”ujar pegawai Mahkamah.
Ustaz Kamus pun menghubungi peguamnya ….
“Jika Mahkamah tidak membatalkan kes,saya akan saman….u cari 10 orang peguam!berapa pun saya
akan bayar!!”bentak Ustaz Kamus dalam telefon bimbit.
Ustaz Kamus melangkah keluar dari mahkamah dengan hati yang amat panas…
“Apa cerita Ji ..?”tanya Norizan
“belum selesai…………….!!”jawab Ustaz Kamus.Norizan lihat mata temannya berkaca….
Norizan terus membuat kerja-kerja membaiki peralatan elektrik sambil dilihat temannya Ustaz Kamus yang menyandar di kerusi malas sambil menarik nafas panjang…
“Bang..boleh ajar saya tak baiki barang elektrik ?”tanya Ustaz Kamus.
“Apa la kau ni ji..kalau kau pun tahu repair ,aku nak cari makan apa?” balas Norizan sambil ketawa…
Mereka berdua ketawa…
2 Jun 2013
“Bang..tolong cepat sikit baiki peti sejuk…hari-hari beli air kat kedai..sekarang panas..”ujar Ustaz Kamus .
“Ok la ji..nanti abang buat cepat…rosak sikit je ,bocor..”balas Norizan.
“Bang,nanti ada masa abang datang repair kipas kat rumah saya bang..”kata Ustaz Kamus.
“ok la..nanti abang suruh budak pi tengokkan..”balas Norizan.
3 Jun 2013
“Yang..ni resit-resit orang hutang kita….”ujar Norizan kepada isterinya.
“Simpan baik-baik ..jangan hilangkan…”sambung Norizan.
Norizan tidur lena di sebelah isteri kesayangan…..Norizan tidur dan tidak bangun-bangun.....
Keesokannya …
“Bang……bang..bangun bang!”isteri Ustaz Kamus mengejutkan suaminya.
“Ish..abang baru tidur lepas Subuh tadi……”balas Ustaz Kamus.
“Bang Norizan meninggal malam tadi…….”kata isterinya.
“Hah?kau biar betul..Sabtu lepas abang jumpa dia sihat je…”jawab Ustaz Kamus sambil menggosok mata dan menguap…
Ustaz Kamus terus bangkit dan mandi….apabila tiba di pintu perkuburan,badannya menggigil…
air matanya bergenang….dia tidak mampu masuk ke kawasan perkuburan…
“Abang…..maafkan aku….aku tidak mampu untuk melihat wajahmu buat kali terakhir…”Ustaz Kamus
menggosok matanya yang merah dan meninggalkan tanah perkuburan…
~~ TAMAT ~~
al-Fatihah buat Sarizan bin Jamil
CERPEN INI ADALAH ADAPTASI DARI DIARI-DIARI SAAT SULAIMAN
HAKCIPTA TERPELIHARA @2013 SAAT SULAIMAN
|
|
|
|
|
|
|
|
al-fatihah...moga roh Allayarham dicucuri rahmatNya...
GAM arwah x sempat menunaikan haji ke? |
|
|
|
|
|
|
|
novelloverzz posted on 12-4-2014 02:13 PM
al-fatihah...moga roh Allayarham dicucuri rahmatNya...
GAM arwah x sempat menunaikan haji ke?
x sempat....
|
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 12-4-2014 02:40 PM
x sempat....
dah sampai ajal arwah kan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|