CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10434|Reply: 3

Mimpi makan jarum pulak. Haritu mimpi disihir

[Copy link]
Post time 30-12-2013 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Pada thread yang lepas, saye ade bercerite tentang mimpi saya disihir dan saya decide ntok pegi ke darusyifa untuk melihat btol ke saya ni disihir . tapi alhamdulillah , ustat tu ckp takde apa2 yang terjadi pada saya. tapi , pada 2 hari yang lepas, saye bermimpi lagi. kali ni saya bermimpi saya sedang makan, masa makan tu saya keluarkan jarum dari dalam mulut saya. dan selepas tu saya nampak kat atas meja, ada sehelai kertas putih yang tertulis ayat penggerak sebanyak 3 kali  . ayat nya seperti berikut  ("Bismillahillazi La Yadhurru Ma'as Mihi Syai'un Fil Ardi Wa la Fi' Sama'i wahua Samiiun Aliim”)

ayat ni mmg dah menjadi amalan saya. tiap2 kali pas solat, nak keluar uma, nak makan, nak tido memang saya tak pernah tinggal baca. Ayat ni bagus sebagai pendinding diri.

Cuma yang bermain di fikiran saye, saye takut kalau ada orang tak puas ati ngan saye dan diorang nak mengenakan saya dengan cara yang macam ni. tak mustahil kalo orang nk menghantar benda2 tu time tido. yang saye dgr , kalo ade jarum tu, org kaitkan ngan santau. Ada sesiapa kat sini yang pernah mimpi mcm tu?  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 04:20 PM | Show all posts
hurmm.. mimpi tu terasa macam real ke?
tak ada pengalaman sangat bab2 camni..
tapi untuk pelindung diri, selalu lah berzikir lepas solat dan baca ayatul kursi sentiasa..

sebab menurut cerita dari hubby sendiri, mak mertua hampir kena santau. sebabnya mak mertua ada buat bisness kuih muih, then ada sorang ni peniaga kuih muih gak yang dengki pegi hantar santau kat dia. Dan memang menjadi kebiasaan pak mertua, zikir memang tak lekang pas tunaikan solat. boleh kata 10 minit pas solat mesti zikir.

pada hari lainnya bila mak mertua pegi hantar kuih kat orang lain (tolong jualkan), peniaga dengki tuh terkejut tengok mak mertua masih sehat & kuat berjalan lagi. Mak mertua jenis cepat tangkap, terus syak sesuatu.

mula2 tak percaya juga, sebab anak beranak peniaga dengki ni tegur baik je ngan my hubby. tapi my hubby cakap memang nampak macam tu, tapi dah nampak depan mata yang family peniaga dengki nih tabur garam area tempat dia menjual. Kat tempat orang lain plak dia tabur duit syiling, tapi bila orang lain kutip tangan terus bengkak2 & lenguh.

So, tt teruskan lah zikir dan ditambah dengan ayat pelindung yang lain ya. just my 2 cents dari orang yang kurang pandai dalam bab2 camnih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 04:27 PM | Show all posts
Insya Allah. dah lama jugak saya mengamalkan ayat penggerak dan ayatul qursi ni..saya da cerita kat makcik saya. dia kate tu mungkin petanda supaya saya kene  tetap dalam mengamalkan ayat tersebut. insya allah takde apa2. amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 04:34 PM | Show all posts
SyaAnis posted on 30-12-2013 04:20 PM
hurmm.. mimpi tu terasa macam real ke?
tak ada pengalaman sangat bab2 camni..
tapi untuk pelindung ...

Insya Allah. dah lama jugak saya mengamalkan ayat penggerak dan ayatul qursi ni..saya da cerita kat makcik saya. dia kate tu mungkin petanda supaya saya kene  tetap dalam mengamalkan ayat tersebut. insya allah takde apa2. amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039112 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list