View: 1935|Reply: 0
|
Contest Cerpen Deepavali: Te Amo Kathina
[Copy link]
|
|
Kau sedang berjalan kearahku. Kau senyum. Sesusuk tubuh lelaki berdiri dibelakangmu. Kau tahu yang aku akan kecewa bila aku mengetahui fasal tarikh perkahwinan kau.
Kau nampak cantik hari ini. Ayu. Lebih ayu dari perempuan melayu dan bangsa lain. Walaupun kulitmu tidak seputih cina, anak matamu yang bertaut dengan mataku pada hari pertama kita berkenalan di pasaraya hari itu membuatkan rasa cinta berbunga dalam jiwa ini.
Sejak itu, kita terus berjumpa. Dalam 6 bulan, hubungan kita jadi rapat. Sungguh masa pantas berlalu meninggalkan saat-saat indah bersamamu. Cintaku padamu masih belum ku curahkan sepenuhnya.
Hah,jangankan itu. Luahan perasaan aku pun belum kau tahu. Sehingga perayaan Deepavali, semasa aku melawat kau di rumah kau. Aku menyatakan perasaan cintaku padamu dihadapan ibu bapa dan adik-beradikmu. Kau tersenyum malu.Namun, kau tidak mengangguk .Dari riak wajahmu itu, aku tahu kau tersentak yang aku mencintai kau. Aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Hubungan kita masih berterusan selepas itu. Berkali-kali aku mengatakan yang aku mencintaimu namun kau buat pekak sahaja. Ibarat kata-kata itu tidak pernah kuucapkan. Tak apalah.
Dalam diam, rupanya kau berkenalan dengan lelaki lain. Yang sebangsa denganmu. Dia sama warna dan seagama denganmu. Aku mulai sedar yamg aku hanya lelaki melayu yang tak layak untukmu.Aku redha. Pasrah bila kau beritahu fasal lelaki itu dan kau amat mencintainya. Apa boleh buat. Dah nasib aku.
Hari ini hari perkahwinan kau. Kau menjemputku. Aku dalam keadaan mahu tidak mahu, mengikut katamu. Walau aku tahu rasa sakit akan kualami bila melihatmu dengannya. Sudah takdir jodoh kau bukan denganku.
Akhirnya,aku memgatur langkah pergi bila kau berdiri berhadapan aku. Tidak mahu aku bersemuka dengan kau lagi.
Namun sempat aku ucapkan padamu
" Kathina, moga bahagialah perkahwinan kau dengannya. Mungkin Deepavali nanti, aku tak ada disini kerana biniku ingin pindah dari sini.. "
Te Amo Kathina. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|