ANDREW Chan (gambar kiri) dan Myuran Sukumara (gambar kanan) berusaha untuk mendapatkan pengampunan tetapi ditolak oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.
[size=14.8800001144409px]CANBERRA – Berjuta-juta rakyat Australia meluat berhubung tindakan pemerintah Indonesia yang berkeras mahu melaksanakan hukuman mati terhadap dua warganya, Kata Perdana Menteri Tony Abbott semalam. [size=14.8800001144409px]Abbott memberi amaran tindakan diplomatik yang keras akan diambil jika Indonesia tetap melaksanakan hukuman tersebut. [size=14.8800001144409px]Kenyataan beliau disiarkan selepas keluarga dua banduan tersebut, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran membuat rayuan terakhir kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo. [size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]“Saya berkali-kali merayu supaya beliau memaafkan kedua-duanya dan memberi peluang kedua kepada mereka,” kata nenek Sukumaran, Edith Visvanathan. [size=14.8800001144409px]Satu kenyataan daripada keluarga Chan menyebut bahawa Andrew Chan masih terus berdoa. [size=14.8800001144409px]“Selagi mereka hidup, selagi itulah masih ada harapan,” kata kenyataan tersebut. [size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]Tarikh perlaksanaan hukuman itu masih belum ditetapkan tetapi pemerintah Indonesia menyatakan, negara-negara yang rakyat mereka dihukum mati dijemput untuk menghadiri satu perbincangan di Kementerian Luar Indonesia hari ini. [size=14.8800001144409px]Chan, 31, dan Sukumaran, 33, berdepan hukuman tembak seawal minggu ini susulan penglibatan mereka sebagai ketua sindiket Bali Nine yang bertanggungjawab menyeludup heroin dari Pulau Bali ke Australia. [size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]Walaupun harapan untuk menyelamatkan mereka sudah tiada, Abbott terus menekan Jakarta untuk dua hari berturut-turut. [size=14.8800001144409px]“Berjuta-juta rakyat Australia meluat dengan apa yang akan berlaku di Indonesia (perlaksanaan hukuman mati),” katanya kepada saluran televisyen Channel Ten. [size=14.8800001144409px]“Jika hukuman ini diteruskan, kami pasti akan mencari jalan supaya kekecewaan kami dirasai oleh Indonesia,” ujarnya. [size=14.8800001144409px]Abbott bagaimanapun tidak menyatakan tindakan yang akan diambil oleh Canberra. [size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]Sebelum ini, Brazil dan Belanda memanggil pulang dutanya sebagai membantah perlaksanaan hukuman mati terhadap rakyat pada Januari lalu. [size=14.8800001144409px]Terdahulu, seramai 150,000 orang menandatangani satu petisyen untuk menggesa Jakarta mengampunkan dua banduan warga Australia itu. – AFP [size=14.8800001144409px]
|