|
Asus telah memperkenalkan Zenfone 2 pada awal tahun ini, dan ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia buat masa ini. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak Asus untuk bercakap atau berkongsi mengenai perancangan masa depan mereka untuk keluarga peranti Zenfone.
Bercakap kepada media di China, CEO Asus dipetik mengatakan ingin mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar mereka. Perkara ini boleh dikatakan selari dengan apa yang dilakukan oleh beberapa pengeluar peranti, termasuk Samsung, Meizu, Apple dan sebagainya.
Asus mengatakan mungkin akan memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Zenfone 2 yang hadir dengan integrasi pengimbas cap jari, selain versi Zenfone 3 turut akan membawakan sokongan serupa.
Dengan lebih ramai menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar mereka, mungkinkah ia akan menjadi suatu perkara biasa pada tahun hadapan? Sumber Rujukan: GForGames
kredit:www.amanz.my
|
|