|
Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan Padfone S, salah satu telefon pintar yang membawakan spesifikasi tinggi, serta boleh disambungkan ke sebuah dock untuk digunakan sebagai tablet. Kini, pada minggu ini, kemaskini untuknya dijangka akan mula dipasarkan di Malaysia, dikenali sebagai Asus Padfone S Plus.
Dengan penggunaan nama “Plus”, Asus menyertakan beberapa kemaskini spesifikasi bersama-sama dengannya. Ia mengekalkan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz, kamera belakang 13-megapixel PixelMaster dan juga bateri berkapasiti 2300mAh. Rekaan peranti juga lebih kurang sama, membolehkan anda menggunakan ia dengan Padfone S Docking Station yang hadir pada versi sebelum ini.
Namun, apa yang membezakan peranti ini dengan versi asal adalah dari segi memori dan ruangan storan. Padfone S Plus ini dilihat hadir dengan memori 3GB RAM serta ruangan storan bersaiz 64GB. Menurut pengedar rasmi Asus, Padfone S Plus ini akan dijual pada harga RM1099 di Malaysia bermula 8 April ini.
Sumber Rujukan: LYN
Sumber Gambar: DYnamics Distribution
kredit:www.amanz.my
|
|