Melihat akan penampilan baharunya, ternyata Honda Step VGN 2015 yang baru dilancarkan di Jepun ini memiliki sedikit sentuhan sporty pada bahagian hadapannya. Gril yang lebih terserlah disambung pada lampu utama yang lebih konvensional. Manakala bahagian belakangnya pula, Honda telah menampilkan panel badan yang lebih berprofil dengan keunikan “Waku Waku Gate” yang boleh dibuka dari atas mahu pun sisi.
Menjengah bahagian kabinnya, inspirasi Eropah Utara jelas kelihatan, terutamanya menerusi kluster instrumen digital, kekemasan hitam berkilat dan kayuan plastik. Honda Step VGN 2015 ini turut menampilkan roda stereng tiga-jejari, tempat duduk barisan ketiga yang boleh dilipat 60:40 dan juga pilihan sistem hiburan.
MPV ini dijanakan oleh enjin baharu 1.5 liter VTEC turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 PS dan tork setinggi 203 Nm. Ia juga disambungan dengan CVT yang menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan semua-roda. Mula dijual pada 24 April di negara kelahirannya sendiri dengan harga ¥2,288,000 (RM68,484).
sumber:www.infokereta.com
|