CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4188|Reply: 16

Dapat anak kembar walaupun umur 85 tahun

[Copy link]
Post time 14-6-2015 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 14-6-2015 04:58 PM


ABDULLAH memangku bayi kembarnya Turki baru-baru ini. - AGENSI

ANKARA – Seorang lelaki berusia 85 tahun di Turki terkejut apabila dia menjadi bapa semula selepas isterinya melahirkan anak kembar lelaki.

Lelaki itu yang merupakan seorang petani, Abdullah Sevinc menyambut kelahiran anak ke-15 itu selepas isterinya, Hanifa Abdullah Mihrinaz yang berusia 46 tahun melahirkan anak kembar di bandar Van, baru-baru ini.

Sebelum ini, warga emas berkenaan mempunyai 10 orang anak namun isteri pertamanya meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu.

Abdullah kemudian berkahwin dengan isteri keduanya, Hanifa pada 2006 dan dikurniakan tiga anak.

"Ini semua kuasa Tuhan. Saya tidak menyangka akan mendapat anak kembar.

"Saya memang sudah berusia tetapi masih sihat. Namun, saya agak malu tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan kerana ini adalah rezeki," katanya.

Menurutnya, dia tidak mahukan anak lagi pada masa hadapan memandangkan bilangan 15 anak sudah mencukupi. – AGENSI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2015 02:54 PM | Show all posts
comelnya... ata anak g skola nt org ingatkan atuk tp rupanya bapa budak2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 02:56 PM | Show all posts
wow.. teknik apa depa pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 09:01 AM | Show all posts
Waaa...bestnyer....
nak jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dah umur 85 subur lagi pakcik ni yea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 02:25 PM | Show all posts
nonarona replied at 15-6-2015 02:11 PM
dah umur 85 subur lagi pakcik ni yea...

benih yang baik, letak atas tanah pun boleh tumbuh juga kot.......

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2015 03:47 PM | Show all posts
Untungnya dapat anak kembar....Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:06 PM | Show all posts
bestnya kembar......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 04:58 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. family aku pun baka kembar masih berterusan, abang aku kembar, anak sedara kembar, bulan lepas kakak aku dapat cucu kembar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 05:05 PM | Show all posts
angio replied at 15-6-2015 04:58 PM
Alhamdulillah.. family aku pun baka kembar masih berterusan, abang aku kembar, anak sedara kembar, b ...

kau pula nak nak dapat kembarnya?

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 05:08 PM | Show all posts
mattzzx replied at 15-6-2015 05:05 PM
kau pula nak nak dapat kembarnya?

tunggu next generation.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 07:46 PM | Show all posts
rezeki sudah ditetapkan,
apabila tiba masanya,
terjadi lah ia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 08:54 PM | Show all posts
sehatnya pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 11:49 PM | Show all posts
ni nanti kalu anto anak gi sekolah org bukan ingt atok, org ingt moyang bdk2 tu yg nganto. tu pon kalu sempat la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 12:17 PM | Show all posts
bestnya dapat kembar...
bapaknya mcm dh x berapa larat dohh
gana nk berkejaran ngn anak2 tu nti
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 03:21 AM | Show all posts
Ingatkan si ibu yg berumur 85 tahun... pakcik ni mesti amalkan pemakanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 09:25 AM | Show all posts
Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.072148 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list