CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2523|Reply: 5

MIDFAR AL IFTAR : TRADISI MENEMBAK MERIAM KETIKA BULAN RAMADAN DI TIMUR TENGAH

[Copy link]
Post time 19-6-2015 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Salam Ramadan Boom!

Setiap negara mempunyai pelbagai cara unik untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini. Sebelum ini kami paparkan kalender Ramadanyang digunakan untuk menghitung hari sebelum syawal. Ini adalah budaya baru yang diamalkan oleh Muslim di negara-negara Barat.

Baik kali ini mari kita melihat budaya Midfar Al Iftar yang dilalukan setiap bulan Ramadan. Midfar Al Iftar bermaksud "Meriam Berbuka Puasa" dalama bahasa Arab. Meriam ditembak bagi memberi tahu orang ramai waktu berbuka sudah tiba. Amalam ini masih diamalkan di beberapa negara Timur Tengah tetapi semakin diancam kepupusan. Ini adalah kerana dengan adanya televisyen, radio dan kini peranti pintar, orang ramai tidak perlu mendegar dentuman meriam sebagai isyarat berbuka puasa.

Bagaimanakah amalan ini bermula? Mengikut pendapat ahli sejarah ianya bermula diMesir lebih kurang 200 tahun yang lalu. Khosh Qadam, gabenor kerajaanOthmaniah di Kaherah menerima hadiah selaras meriam sempena bulan Ramadan. Selepas berbuka beliau menguji meriam yang diterima beliau. Ledakan meriam yang ditembak beliau didengari seluruh Kaherah. Keesokan harinya datang wakil penduduk yang bertanya Khosh Qadam adakah dentuman meriam semalam cara baru memberitahu waktu berbuka. Mereka memuji gabenor atas kepandaian beliau mencuba cara baru untuk mengumumkan waktu berbuka yang mudah didengari seluruh penduduk Kaherah. Semenjak dari hari itu, meriam akan ditembak setiap kali tiba waktu berbuka.

Biasanya meriam akan ditembak sebanyak dua kali semasa waktu Maghrib sehari sebelum Ramadan bagi menandakan bermulanya bulan puasa. Pada hari biasa meriam hanya ditembak sekali. Amalan menembak meriam ini kemudian tersebar ke seluruh Timur Tengah.

Di beberapa negara seperti Lebanon amalan ini dihentikan pada dekad 70an kerana negara ini sedang mengalami perang saudara. Letupan meriam Ramadan menyebabkan trauma di kalangan penduduk yang sering dibedil. Di Arab Saudi pula amalan meriam Ramadan dihentikan di Madinah tanpa sebab pada tahun 1972.Amalan ini dikembalikan semula di kota kedua paling suci umat Islam tahun ini setelah mendapat restu Sultan.

So there you go. Amalan Midfar Al Iftar di negara Arab. Di Malaysia kita dulu menggunakan beduk. I wonder if beduks are still being used. As a side note mungkin meriam buluh boleh digunakan di Malaysia sebagai ganti Midfar Al Iftar.









Sumber Israel Palestine Guide

blogserius
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 06:57 PM | Show all posts
pernah diceritakan olih orang2 tua.....tahun2 50an dan 60an meriam dibunyikan menandakan  permulaan puasa besok nya.....yg ni kat seremabn.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 08:55 AM | Show all posts
tradisi menembak kan meriam ni masih lagi di buat di Brunei.
meriam di tembakkan untuk menandakan hari-hari penting..
seperti;
awal ramadahan
hari raya
sambutan maulidur rasul,
sambutan ulang tahun sultan
dan menandakan kelahiran putera/puteri/cucu sultan (das tembakan mengikut pangkat)
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 11:53 AM | Show all posts
Di Terengganu pun masih mengekalkan lagi tradisi tembakan meriam untuk waktu berbuka dan waktu imsak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 11:56 AM | Show all posts
Di Bukit Puteri Terengganu juga pernah melakukan perkara yang sama...tapi kurang pasti sama ada masih lagi dikekalkan. Pada Akhir 80an dulu pernah berbuka di sekitar kawasan Bandar kuala Terengganu semata mata untuk menikmati suasana bunyi meriam. Waktu tu masih disekolah menengah sanggup naik bas dari kerteh waktu tengahri dan pulang balik jam 9.00malam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 10:44 AM | Show all posts
tradisi bedilan ni masih ada kat kuala terengganu...sekali bedil rasa bergegar jantung...paling obvious masa bersahur, dua kali bedilan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.557339 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list