CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4281|Reply: 2

Fakta Hari Ini -Pulau Kukup Makin Mengecil Setiap Bulan

[Copy link]
Post time 23-7-2015 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Pasti  ramai yang tidak mengetahui dimana lokasi Pulau Kukup. Pulau Kukup  adalah terletak berhampiran dengan Tanjung Piai dan terletak dalam  daerah Pontian, Johor. Pulau Kukup diletakkan di bawah Johor National  Park.



Pulau Kukup yang berada di bawah pengawasan Johor National Park



Pulau  Kukup merupakan pulau kedua terbesar di dunia yang tiada penghuni.  Namun begitu, apa yang merisaukan kita ialah kemungkinan gelaran itu  akan hilang kerana berlaku hakisan pantai yang teruk dan menyebabkan  keluasan pulau itu semakin mengecil setiap bulan.
Kawasan hutan bakau di situ menyusut lebih 100 meter daripada keluasan  sebenar sejak 10 tahun lalu. Malah, hakisan di pesisir pantainya makin  ketara apabila air pasang besar, ombak besar kerana aktiviti perkapalan  tidak terkawal dan kegiatan mencuri bakau.

      Kajian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Institut  Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mendapati berlaku hakisan  kira-kira satu meter setiap bulan di kawasan pulau hutan bakau  berkeluasan 647 hektar yang dikelilingi dataran lumpur seluas 800 hektar  itu.  
       Hakisan serius itu juga menyebabkan sebatang pokok bakau Minyak  (Rhizophora Apiculata) berusia lebih 100 tahun dan dipercayai terbesar  di negara ini dengan garis pusat pada paras ketinggian dada 57.1  sentimeter (sm), mungkin tumbang beberapa bulan lagi disebabkan  kedudukannya yang terletak kurang 20 meter dari kawasan hakisan.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, mengakui  terkejut melihat Pulau Kukup yang semakin terhakis, berbanding 10 tahun  lalu apabila banyak kawasan yang sebelum ini hijau dengan pokok bakau  kini diliputi air.

Katanya, pulau itu menempatkan lebih 38  spesies tumbuhan hutan paya bakau dengan nilai komersial tinggi seperti  bakau minyak, kurap, berus, lenggadai, tumu merah, nyireh batu dan  tengar berdepan, akan berkurangan jika tiada usaha menyelamatkan pulau  itu daripada hakisan.

"Pokok bakau Minyak yang dipercayai  tertua di negara ini juga akan tumbang dalam tempoh 30 bulan lagi jika  tiada usaha menyelamatkan khazanah itu kerana jarak yang terlalu dekat  dengan kawasan hakisan.   
“Pencemaran yang berpunca daripada tumpahan minyak disebabkan  oleh kapal dagang ketika berlabuh di luar perairan Taman Negara Johor  (TNJ) Tanjung Piai dan Pulau Kukup juga dikatakan punca kemusnahan hutan  bakau yang semakin meluas sejak lima tahun lalu.

“Kita  berharap satu kajian menyeluruh dilakukan pihak berkaitan bagi  menyelamatkan Pulau Kukup yang turut diiktiraf sebagai Tapak Ramsar,  iaitu tanah lembap yang ada kepentingan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu tinjauan Berita Harian menaiki bot mendapati pesisir  pantai Pulau Kukup mengalami hakisan teruk kerana banyak pokok tumbang  di pantai.

Pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai yang  menjadi tanah penghujung benua Asia juga mengalami hakisan teruk apabila  banyak pokok tumbang, manakala pondok dan laluan pejalan kaki mengalami  kerosakan. Laluan pejalan kaki ke penghujung benua itu juga  ditenggelami air akibat mendapan.

Difahamkan, apabila air  surut, kawasan di Tanjung Piai berhampiran pokok bakau minyak tertua itu  tidak dapat dimasuki dengan bot disebabkan kawasan itu semakin cetek.

Suhairi berkata, bagi kajian oleh UTHM, dana sebanyak  RM300,000  diperlukan bagi membina cerucuk, batu penghadang hakisan dan jeti untuk  menghalang pergerakan tanah di kawasan pokok bakau tertua itu.

"Tahun lalu hampir 2,000 bakau di kawasan seluas 20 hektar dekat  Tanjung Piai musnah, manakala 3,000 lagi sekitar pantai Pulau Kukup  berdepan masalah sama berpunca daripada kesilapan manusia dan fenomena  alam.

“Jika tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan hakisan  terus berlaku dan kawasan berhampiran pesisir pantai ditenggelami air.  Kita harap ada pihak yang prihatin dapat menyediakan dana bagi  menyelamatkan pokok tertua itu,” katanya.

beritaharian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 11:07 AM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 12:25 PM | Show all posts
ohh..biasa lah tu..effect dr global warming
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043244 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list