CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3356|Reply: 10

10 Negara Paling Berpendidikan Di Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 14-8-2015 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Berikut adalah senarai 10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia. Laporan oleh OECD

1. Kanada

50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod yang  sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan  universiti. Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa  Inggeris dan Perancis…..(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan  bahasa Perancis sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga  universiti)


2. Israel

45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar utama adalah  bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris dan  Arab.

3. Jepun

44% warga Jepun berkelulusan universiti…dan Jepun hanya menggunakan  bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga ke  universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti  Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.

4. Amerika Syarikat

41% warga Amerika berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama adalah  bahasa Inggeris…namun ada sekolah di Amerika khususnya di negeri  selatan seperti New Mexico, Florida, Arizona dan Texas menggunakan  bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar.

5. New Zealand

40% warga New Zealand berkelulusan universiti. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama.

6. Korea Selatan

39% warga Korea Selatan berpendidikan universiti. Korea Selatan hanya  menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar utama di sekolah  hingga ke universiti…namun pelajar digalakkan menguasai bahasa asing  seperti Inggeris, Cina, Russia, Jepun dan sebagainya.

7. Norway

37% warga Norway berpendidikan tinggi. Norway juga menggunakan bahasa  Norway sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah hingga  universiti…namun pelajar diwajibkan lulus sekurang-kurangnya satu bahasa  asing.

8. United Kingdom

37% warga Britain juga berpendidikan tinggi. Bahasa utama semestinya  bahasa Inggeris…namun di Scotland dan Wales..ada usaha menjadikan bahasa  Scottish dan Welsh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan  universiti terutama selepas Scotland dan Wales mendapat kuasa autonomi  ekoran daripada “devolution of British Parliament”.

9. Australia

37% warga Australia berpendidikan tinggi dan bahasa utama adalah bahasa  Inggeris. Australia juga dipuji kerana pada masa sekarang Australia  adalah negara yang menjadi tumpuan pelajar antarabangsa.

10. Finland

37% warga Finland berpendidikan universiti.,.dan negara Finland hanya  menggunakan bahasa Finland sebagai bahasa pengantar utama di sekolah  hingga universiti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling berpendidikan tinggi orang mesia - time isu semasa - kalah pakar dalam bidang tu - esp bab agama - lagi ramai pakar dari moofti
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 06:39 PM | Show all posts
Menarik info setiap satunya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:04 PM | Show all posts
rasanya rakyat malaysia lagi bpendidikan tinggi...cuba bukak facebook... kita ada ramai pakar ekonomi.... pakar agama...pakar konspirasi lagi hebat,,, taniah malaysia menuju ke negara maju menjelang 2020
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 12:39 AM | Show all posts
rakyat kita suka bagi pendapat (macam I ni lah) sebab Asians macam kita memang active in social media. also, org mesia OK jugak level pelajarannya.. cuma level innovasi and creativity dan skills tahap tinggi je yg kurang (physicists yg tere, economists yg tere etc)
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 03:54 PM | Show all posts
Rakyat mesia sibuk berforum 24jam seminggu cari kesalahan org lain jer, pastu main2 dgn fitnah tanpa rasa berdosa, upload benda2 merepek kat whatsapp, ig, fesbuk, twitter....mana ada waktu nak study sampai u....pastu, ada lah seumpama doktrin, kalau takde ijazah pun boleh kaya.....hmmmmm....kesian mentaliti ummah begini....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2015 09:45 PM | Show all posts
Bahalol mana yang kata cuma 15% orang malaysia berkelulusan universiti ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:53 PM | Show all posts
Tak heranla sekadar peratusan tinggi macam sesetengah negara tapi setakat terlebih lulusan bidang communication, psychology & jurusan sampah lain .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 01:06 PM | Show all posts
trewqwert replied at 15-8-2015 09:45 PM
Bahalol mana yang kata cuma 15% orang malaysia berkelulusan universiti ?

abis tu berapa??

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 06:32 PM | Show all posts
Tak guna kalau lulusan tinggi/universiti kalau akhlak ke laut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 02:44 PM | Show all posts
Menurut  banci jabatan statistik 2010 angka untuk warganegara Malaysia 20 tahun ke atas  ialah 21.6%.
Bagi 2015 pastinya lebih tinggi

Tahun 2000 pula 16.0%

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087557 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list