CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3493|Reply: 2

INILAH WANITA KIMIA MELAYU PERTAMA YANG BERASAL DARI PERAK!

[Copy link]
Post time 17-8-2015 12:47 PM | Show all posts |Read mode


MENJADI  wanita Melayu pertama menguasai bidang kimia pada era 1970-an yang  kurang diterokai orang Melayu ketika itu, tiada apa dapat menghalang  tekad wanita berhati waja ini.

Banyak yang telah dikorbankan oleh Profesor Datin Zuriati Zakaria, 61.

Peluang  menjadi kumpulan pelajar perintis jurusan Kimia di Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970 yang berada dalam genggamannya  tidak dilepaskan begitu sahaja.

Beliau  kemudian menjadi kumpulan pertama graduan jurusan kimia universiti  tersebut dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1973.
Lebih  membanggakan, Zuriati seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti  East Anglia, England sebelum menempa sejarah sebagai wanita Melayu  pertama memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kimia pada  tahun 1978.
Sebenarnya  bukan kerana minat, tetapi kejayaannya lebih didorong oleh semangat  mahu menyahut cabaran dalam menguasai jurusan tersebut.
“Bidang  ini tidak ramai menarik minat orang Melayu pada masa itu. Majoritinya  yang berminat adalah kaum Cina. Saya pula ketika di sekolah menengah  dulu pun bukan pandai sangat subjek Kimia. Benci pun ada sebab ia susah.
“Sebelum  masuk UKM, ketika berada di tingkatan enam, semua subjek saya dapat  markah tinggi kecuali Kimia. Saya jadi geram bila tengok markah kertas  kimia yang agak mengecewakan sebab subjek lain semuanya cemerlang.
“Ketika  itu saya hampir-hampir sudah berputus asa dan berniat mahu bekerja di  kilang. Namun, apabila mendapat tawaran menyambung pelajaran di UKM,  akhirnya ia membuka jalan kepada saya untuk terus melangkah ke dalam  bidang ini. Selepas itu, barulah saya menjadikan kimia sebagai pilihan  utama dan sahut cabaran untuk menguasai bidang ini,” ujar wanita  kelahiran Perak itu.
Menurut  Zuriati, tanpa sebarang tunjuk ajar daripada ibu bapanya dahulu, tidak  mungkin dia boleh mengecapi kejayaan seperti hari ini.
“Saya  sangat bersyukur kerana arwah bapa seorang yang sangat tegas dalam  mendidik anak-anaknya seramai empat orang termasuk saya.
Saya  ingat lagi masa sekolah dulu, kalau salah seorang daripada kami tak  pergi sekolah, dia akan angkat dan hantar kami pergi sekolah.
“Jangan  kata nak melawan cakap, nak menjawab pun tak boleh. Tapi kerana  ketegasan itulah yang menjadikan kami semua orang yang berguna pada hari  ini,” imbau beliau.


Belajar di Thailand
Sebenarnya  ada kisah menarik mengenai Zuriati dalam tempoh di antara selepas dia  menamatkan pengajian di UKM dan sebelum melanjutkan pula pelajaran di  Universiti East Anglia.
Ini kerana beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Mahidol, Thailand.
Ketika  di sana, beliau telah belajar pengertian bahawa tiada yang mustahil  dalam mendapatkan sesuatu jika keinginan disertakan dengan usaha.
“Ketika  saya belajar di Thailand dulu, saya hadapi sedikit kesukaran untuk  berkomunikasi kerana mereka gunakan bahasa Thailand ketika bercakap.  Jadi terpaksalah membuat ulang kaji sendiri dengan buku-buku yang ada.
“Mujur  saya ni juga seorang yang suka bertanya. Jadi pelajaran saya pun tak  pernah ketinggalan, “ ujarnya yang berjaya memperoleh Ijazah Sains (MSc)  di universiti tersebut.
“Selepas  menerima ijazah, sempatlah saya bekerja sementara sebagai pensyarah di  UKM sebelum ditaja melanjutkan pelajaran di Universiti Mahidol.
“Setelah  berjaya menamatkan pengajian saya, barulah saya dihantar pula belajar  jurusan kimia di Universiti of Anglia bagi peringkat PhD,” katanya yang  belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ibu bapanya.
Selepas  tamat pengajian di Universiti of Anglia, karier beliau bermula apabila  dilantik sebagai Ketua Unit Kimia di Sabah pada tahun 1980 bagi  merancang program akademik serta prasana bagi fakulti Sains dan Sumber  Alam di Universiti Kebangsaan Malaysia, kampus Sabah.
Pada  tahun 1982 pula beliau kembali bertugas sebagai pensyarah kimia organik  di UKM, Bangi dan melibatkan diri dalam pelbagai jenis penyelidikan  minyak pati, sebatian semulajadi, sekitaran serta kimia liken.
“Selain  membuat penyelidikan, saya juga menerbitkan lebih daripada 150 kertas  kerja dalam jurnal, prosiding dan monograf serta terlibat dengan  editorial jurnal Sains Malaysiana, “ katanya yang masih lagi berada  dalam lembaga editor bagi Arkivoc dan Chemical Education Journal.
Selain  memberi sumbangan besar dalam bidang kimia, beliau turut memberi input  yang baik dalam pelbagai jenis persatuan dan menjadi ahli Lembaga bagi  beberapa organisasi seperti Institut Kimia Malaysia (IKM), Persatuan  Sains Malaysia (MSA), Malaysian Oil Scientist and Technologist  Association (MOSTA) dan Balai Iktias Malaysia (BIM).
“Banyak  yang saya pelajari bila menyertai pertubuhan-pertubuhan tersebut.  Selain dapat menimba pengalaman baru, ia turut memberi peluang kepada  saya untuk menemui santis-saintis hebat dari serata dunia, “ujar beliau.
Tidak  cukup dengan itu, di peringkat antarabangsa, Zuriati juga dikenali  kerana kerap tampil membincangkan dan menjalankan penyelidikan dalam  bidang berkaitan seperti kapasiti bangunan di bandar dan projek  pembangunan industri serta gambaran keseluruhan kimia di Malaysia yang  berlangsung di luar negara
baca.blogspot




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 02:35 PM | Show all posts
wowww... hebat dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 02:48 PM | Show all posts
Menarik jugak kisah hidupnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.044079 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list