CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 0

5 Sikap Buat Kecantikan Wanita Pudar

[Copy link]
Post time 19-8-2015 10:52 AM | Show all posts |Read mode

                   
Ketika berkomunikasi dengan ramai orang, anda pasti akan bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia  dengan karakter yang berbeza. Mungkin ada yang nampak cantik namun sikapnya sangat menjengkelkan. Kena ubah ya, atau pun kita boleh tegur secara diam-diam dan elok. Ok, ini beberapa sikap yang MW maksudkan...


        1. Bangga diri sendiri secara melampau        Yakin dengan diri sendiri tak salah tetapi jangan over sampai nampak seolah-olah 'angkat bakul sendiri'. Tambah pula kalau anda jenis 'up' diri sendiri dan pada yang sama kecilkan kebolehan orang lain. Ini memang terus nampak buruk anda, ya.


        2. Sikap kasar dengan seseorang        Normal kalau ada wanita yang tingkah laku agak kasar. Tetapi kalau sampai anda menindas orang lain atau pasangan sendiri, ini boleh merosakkan hubungan. Terpekik-pekik sebab satu kesilapan yang kecil, agak melampau, bukan?


        3. Pembohong dan suka putar belit        Bukan hanya lelaki saja yang pandai berbohong, wanita pun ramai dan mula pandai sembunyikan sesuatu rahsia, sampai menipu. Biasanya wanita seperti ini tidak punya banyak kawan sebab orang dah boleh baca perangainya.


        4. Cepat marah dan baran        Wanita memang terkenal dengan sikap drama, tetapi jangan sampai tonjol perangai baran dan moody melampau. Wanita yang mudah marah, cepat kecil hati  dan tarik muka masam setiap masa juga tidak begitu disukai orang. Jadi ubah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis.


        5. Pemikiran sempit, semua salah        Rajinkan diri update ilmu setiap hari, jangan nampak cantik tetapi abila disoal macam-macam melalut. Ada yang jenis buat-buat tahu, tidak ke sikap ini memalukan diri sendiri. Wanita kadang kena ambil tahu dengan isu semasa, berfikiran luas dan boleh menerima  pendapat orang lain. Jangan asyik rasa diri anda saja yang sempurna dan tunjuk pandai.




        Wanita, jangan sampai ada salah satu perkara di atas dalam diri anda. Selagi anda mampu ubah beberapa sifat dan sikap ini, elok ambil peluang. Sayang, orang nampak penampilan cukup cantik tetapi sebab beberapa perangai ini, terus nampak buruk anda.

mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.996607 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list